SHAH ALAM, Bernama melaporkan terdapat banyak kesan cap jari pada tingkap di tempat yang dipercayai Teoh Beng Hock terjatuh, namun tiada satupun yang boleh disahkan pemiliknya.
Mazli Tidak melakukan sebarang dokumentasi iaitu tidak mencatat dan merakam sebarang gambar memandangkan tiada satupun yang memenuhi kriteria.
Mazli tidak pernah berbincang dengan Pakar perunding kanan perubatan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang Dr Khairul Azman Ibrahim mengenai bagaimana Teoh terjatuh.
Mazli kelihatan berang dengan beberapa pertanyaan Gobind terutama mengenai ketiadaan laporan pengesahan cap jari.
"Dalam kes ini memang ada kesan cap jari tetapi tidak cukup sifat dan ia menunjukkan pengesahan negatif kerana sifat. Ia memerlukan sekurang-kurangnya lapan sifat (untuk pengesahan). Saya siasat pada bahagian cermin, bingkai cermin serta bahagian bawahnya. Dalam kes ini tidak diambil kesan cap jari yang tidak lengkap itu kerana kawasan tersebut berdebu dan berhabuk, sebab apabila diambil, kadang-kadang sifatnya hanya 50-50. Di tempat berhabuk, jalur (garisan pada jari) tidak begitu timbul. Kawasan tingkap itu (tempat Teoh terjatuh) digunakan oleh anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk merokok."
-C/Insp Mazli Jusoh, Saksi forensik polis
"Jika begitu kamu boleh datang ke mahkamah dan cakap apa saja, yang kamu tidak boleh sahkan langsung cap jari."
-Gobind Singh Deo, peguam mewakili keluarga Teoh
"Jika tiada (cap jari), tiadalah. Spesimen peluh diambil dengan cara calitan ia akan merosakkan kesan jari."
-C/Insp Mazli Jusoh, Saksi forensik polis
(Moral: Sebagai yang berpengalaman dalam bidang forensik, sepatutnya Mazli merekodkan apa juga yang berkaitan dan bukan membiarkan begitu sahaja serta mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak profesional. Sepatutnya yang bertanyakan soalan-soalan ini mestilah yang datang dari pakar forensik luar yang lebih berpengalaman mencungkil persoalan cara forensik polis menjalankan kerjanya. Kalau dah forensik polis mestilah cover jabatannya... kah..koh..keh)
>>Andaian TBH Jatuh>>>
Selasa, Ogos 18, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
!@##!%!^%^&!^%&*!...LAMBAT....*&(!)()!_)&())*!^*^!...SLOW...$%@%@^ !...XLEH UPLOAD....*&(!)()!_)&())*!^*^!...PTUIIII...
-
Negara dijajah warga asing kerana umnobn membuka jalan untuk mereka.
-
Gambar Hiasan Sungkai, Perak: Seorang pelajar perempuan yang masih menuntut dalam tingkatan tiga mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh sekum...
-
Dakwaan saintis kapitalis: Asteroid bersaiz sebuah bas hampir melanggar bumi. Asteroid itu dinamakan 2012 BX34 berukuran pada diameter ena...
-
Bik Mama aka wanita pertama yang berkuasa dalam pemerintahan negara... Rosmah Pangku Tugas Najib, Langgar Hierarki Negara TVS | Tindakan ist...
-
Ini contoh kertas saman ekor yang diposkan oleh pihak berkuasa ke rumah anda. Hanya melebihi 11 km/j anda akan di kenakan saman ekor. Amat m...
-
Proton Inspira akan menjadi nama rasmi mengantikan model Proton Waja. Proton Inspira adalah inspirasi dari model Mitsubishi Lancer yang menj...
-
Gambar: ...Dahaga???... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kat bawah neh gambar kumpulan samseng yang disusukan Sha...







3 comments:
Sebab tulah polis bengang dengan rancangan CSI, kununnya sebab penjenayah tahu banyak rahsia forensik dan pandai cover bukti jenayah. Rupa2nya sebab lagi susah nak tipu orang ramai kalau jadi isu2 macam ni. Dulu bolehlah tipu 'DNA orang yang tidak dikenali'lah, dan macam2 lagi penipuan. Sekarang susah sikit, rakyat makin susah kena tipu.
wo.. apa sudah jadi dengan forensik polis. Buat kerja atau tidak. Bikin habis duit bayar gaji engkorang.
Tambah sikit. Google je perkataan identify incomplete fingerprints . Mesti jumpa artikel seperti "Approximate clustering of incomplete fingerprints" , tapi tak taulah kalau polis kita pandai algorithm atau paham perkataan seperti Oligonucleotide.
Catat Ulasan