Ahad, Januari 03, 2010

SPRM Sudah Ketaq: Laporan Polis Sebagai Tekanan


Suruhanjaya Pembunuh Rakyat Malaysia (SPRM) menghantar pegawainya membuat laporan di ibu pejabat polis Shah Alam terhadap pakar patologi Thailand Dr Pornthip Rojanasunand, kononnya beliau membocorkan maklumat hasil siasatan bedah siasat kali kedua Beng Hock (TBH).

Tindakan SPRM ini dilihat sebagai cubaan untuk menutup kebenaran mengenai kematian Teoh Beng Hock dan boleh dianggap satu tekanan terhadap pakar patalogi berkenaan yang hadir pada bedah siasat kedua ke atas mendiang pada November lalu. Sebelum ini Dr Pornthip mendakwa ada kemungkinan 80 peratus Beng Hock didera sebelum mati. Difahamkan, Pornthip mengguna pakai beberapa teknik dan proses baru yang meyakinkan beliau sepenuhnya bahawa Beng Hock mati dibunuh. Tidak hairanlah sebelum ini pakar patalogi tersebut menyatakan bahawa beliau pernah diekori ketika menjalankan tugasnya.

(Moral: Dulu bila munculnya surat layang disini yang mengaitkan pegawai tertinggi SPRM dengan kematian TBH, tiada pula laporan polis dibuat. Itu surat tiada nama pengirim dan tidak boleh dipercayai dan tak relevan. Lar ni SPRM dah rasa panas pungkok dan tak senang dudok. Kenyataan pakar forensik depa dulu ada percanggahan dengan apa yang dibongkar oleh Dr Pornthip. Maka laporan kepada pihak polis adalah jalan terbaik untuk cover balik kesilapan suruhanjaya telunjuk najib ini. Jika adanya tekanan oleh pihak polis, tidak mustahil Dr Pornthip berkemungkinan menarik diri dari kes tersebut. Maka tersenyum lebarlah juak-juak tertinggi suruhanjaya pembunuh rakyat malaysia ini. Woooiit awat kembang lubang hidung macam serombong kapal?.. Tak dak bukti dan boleh buat lagi...)

1 comments:

anakmuaallaf berkata...

Salam,
Bukan takat ketaq lutut saja SPRM ni.Dah terkencin dalam seluaq.
Pasai tu mintak tulung dengan Polis Raja Di Malaysia.Merayu sakan dengan polis.
"tulung la cover kami.Kami dah tak tau nak buat apa dah.Depa import pakar luaq mai.Sat lagi pakar ni dia londeh korek kes ni malu kami.Tulung la"

Post Haru Biru

Arkib Blog