Jumaat, Ogos 14, 2009

Permatang Pasir, Zahid Akui Masalah Umno


Penamaan calon belum bermula, Permatang Pasir belum lagi kelihatan kenaikkan poster dan baner. Zahid Hamidi kecut dan terus memberi amaran akan mengenakan tindakan tegas kepada anggota atau pemimpin UMNO yang khianat. Dari awal lagi Zahid memberi gambaran Umno Pulau Pinang khasnya di Permatang Pauh seperti bermasalah. Sudah ada desas desus ada pihak yang akan sebotaj pilihan raya berkenaan.

"Saya ingin tegaskan, mana-mana anggota atau pemimpin UMNO di Permatang Pauh atau di mana-mana tempat di Pulau Pinang yang sabotaj parti pada pilihan raya, kita beri tempoh 60 hari untuk memecat mereka. Saya tidak main-main dalam hal ini dan saya harap semua faham mesej ini. Semua pemimpin, sama ada yang sudah lama atau baru mesti mempamerkan kesungguhan untuk memastikan kemenangan calon BN dan diberikan peranan dalam jentera kali ini."
-Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, naib Presiden Umno

(Moral: Dulu di penanti si zahid terselamat sebab umnobn tak bertanding. Sekarang lutut dah ketar tengah memikirkan isu apa yang nak di mainkan. Takkan nak mainkan isu Pengkhianat Melayu kot. Hang kan berimej baik di mata umno. Tapi di mata rakyat Marhaen hang lebih busuk dari bau sampah lori DBKL sampai sanggup godam rakyat biasa>>>)

0 comments:

Post Haru Biru

Arkib Blog