
Dipaksa berbogel, berdiri sebelah kaki dan dicemuh ketika siasatan
BHarian | Bekas Pengurus Kanan Kebolehan Marin, Sime Darby Engineering Sdn Bhd, Mazhazmi Jamaludin, yang mendakwa didera dan dibogelkan oleh pasukan soal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dihadapkan ke Mahkamah Sesyen semalam atas tuduhan menerima rasuah berjumlah RM200,000, dua tahun lalu.
Mazhazmi, 36, yang diwakili peguam Shamsul Sulaiman mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang dibacakan di depan Hakim Rozilah Salleh dan memohon untuk dibicarakan.
Dalam prosiding semalam, Shamsul memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya didera ketika disoal oleh anggota SPRM.
“Anak guam saya yang pada awalnya dipanggil memberi keterangan sebagai saksi dibogelkan dan dipaksa berdiri dengan sebelah kaki saja ketika di soal.
“Mazhazmi juga turut dilontar dengan kata-kata kesat sehingga beliau tertekan,” katanya.
0 comments:
Catat Ulasan