Ahad, Mei 23, 2010

SPRM SAHKAN SEDANG SIASAT NAJIB

Hazlan Zakaria
Mei 23, 10


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung "You help me, I help you" semasa kempen pilihan raya Sibu.

Pelbagai pihak, khusus parti-parti pembangkang mendakwa kenyataan Perdana Menteri itu menlanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Ketua SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed (kiri) memberitahu wartawan semasa sidang media di Petaling Jaya bahawa pihaknya telah menerima aduan berkenaan dan sedang menyiasatnya.

Pengarah siasatan SPRM, Mustafar Ali juga mengesahkan perkara itu kepada wartawan sambil berkata, suruhanjaya itu akan memanggil beberapa orang saksi dirakamkan kenyataan mereka.

Kedua-dua pegawai kanan SPRM itu menghadiri sebuah forum Transparency International berhubung pembaharuan politik kewangan di Malaysia.

Pada 17 Mei lalu, Pengerusi DAP Karpal Singh mendakwa Najib terbabit dalam 'pembelian undi' pada pilihan raya keci parlimen Sibu.

Beliau merujuk kepada satu majlis di Rejang Park, pada 15 Mei seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar harian bahasa Inggeris Sunday Eastern Times.

Berikut petikan kata-kata Najib yang dipertikaikan itu yang dibuatnya dalam bahasa Inggeris.

“I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me,”
kata Najib.

Pada majlis ini, Najib menjanjikan kerajaan persekutuan akan memberi RM5 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu jika BN menang pilihan raya berkenaan.

Menurut Karpal tindakan itu jelas mencabuli Akta Kesalahan Pilihan Raya dan secara berseloroh berkata sekiranya tidak berhati-hati, Perdana Menteri boleh dihumban ke penjara dan negara terpaksa mengadakan pilihan raya kecil di Pekan pula./Malaysiakini

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Salam..selalu kita mendengar laporan tinggal laporan,siasatan tinggal siasatan..berapa banyak kertas siasatan yg berada dlm kabinet SPRM yg menunggu untuk didedahkan?SPRM tiada keberanian untuk bertindak atas siasatan yg mereka telah jalankan..Pengesahan SPRM hanya untuk memaklumkan bahawa mereka telah menerima aduan itu..Itu sahaja..kita tunggu sahaja hasil siasatan ini,apakah salah tekaan sy atau satu upset yg maha mengejutkan akan berlaku..Wallahualam

Tanpa Nama berkata...

Alasan SPRM bagi menyejukkan keadaan. Siapa berani siasat taukeh besar.

Post Haru Biru

Arkib Blog