Khamis, April 07, 2011

Eksklusif: Ahmad Sarbani Tak Mungkin Mati Mengejut??


Alfatihah buat arwah

Kematian Ahmad Sarbani Ada kaitan dengan Pegawai Kanan Kastam?

FMT | Pendedahan mengejutkan seorang pemimpin DAP telah mendakwa seorang pegawai kanan Kastam berkemungkinan mempunyai kaitan dengan kematian rakan sejawatnya, Ahmad Sarbani Mohamad.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berkata dia mendapat maklumat ini daripada ejen-ejen penghantar kargo di Pelabuhan Klang.

"Mereka berpendapat kematian Sarbani ada hubung kait dengannya (pegawai kanan)," katanya kepada wartawan di Parlimen.

Santiago berkata dia tahu identiti pegawai kanan Kastam tersebut tetapi enggan mendedahkannya buat ketika ini.

Ahli Parlimen Pembangkang itu berkata ia diberi penerangan lengkap oleh agen-agen penghantar kargo, yang rapat dengan Sarbani, Penolong Pengarah Kastam Diraja Malaysia.

Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat 3 bangunan SPRM di Jalan Cochrane semalam.

Ahmad Sarbani merupakan sebahagian daripada 62 orang yang ditahan SPRM dalam serbuan besar-besaran pada 1 April lalu atas kesalahan rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain. 


Duit ratusan ribu ditemui di Rumah Pegawai Kanan Kastam

MStar | Pasangan suami isteri yang merupakan pegawai kanan Kastam Diraja Malaysia adalah di antara yang ditahan dalam satu gerakan besar-besaran oleh Pasukan Tindakan Khas yang diketuai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serentak di seluruh negara semalam (Isnin).

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, dalam serbuan itu, dua orang pegawai kanan Kastam telah ditangkap bagi membantu siasatan.

"Ratusan ribu ringgit telah dijumpai di rumah dua orang pegawai kanan Kastam ini yang merupakan pasangan suami isteri," katanya kepada media di sini hari ini.

Pasukan Tindakan Khas ini melibatkan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Negara Malaysia (BNM) dan beberapa lagi agensi penguatkuasaan berkaitan.

Mustafar menjelaskan, kesemua entiti yang diserbu dipercayai terlibat dalam pengisytiharan di bawah nilai sebenar cukai kastam, pengelakan cukai pendapatan dan aktiviti-aktiviti pengubahan wang haram.

"Ia juga termasuk penghantaran wang secara tidak sah ke luar negara yang melibatkan nilai mencakupi berbilion ringgit dan perlakuan jenayah rasuah," katanya.

"Kami melakukan tinjauan selama sebulan. Ia boleh dikatakan satu sindiket berikutan jaringan yang ada antara satu sama lain," katanya.

Ditanya mengenai jumlah sebenar yang diperolehi dari serbuan itu, Mustafar berkata, "Ia hanya merupakan satu kes yang dilaporkan berbanding 10 yang tidak dilaporkan. Saya yakin ia tetap melibatkan jumlah yang sangat tinggi."


Rakan sekerja Sarbani syak berlaku unsur khianat

MKini | Beberapa orang rakan Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed yang ditemui hari ini mengesyaki berlakunya unsur khianat dalam kes kematian pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) itu.

Salah seorang rakannya sekerja Allahyarham, yang enggan dinamakan, berkata Ahmad Sarbani berdepan dengan tuduhan menerima rasuah.

Namun, beliau menjelaskan bahawa Allahyarham merupakan pegawai yang "paling bersih" dan paling disukai di kalangan kakitangan beliau di pejabat JKDM Selangor itu.

Katanya, kakitangan berkenaan mengetahui siapakah yang sebenarnya menerima rasuah dan Allahyarham setentunya tidak berbuat demikian.

Sumber berkenaan turut mendakwa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memaksa Allahyarham supaya mengakui dakwaan berkenaan.

SPRM turut mengugut untuk memenjarakan pegawai kastam berkenaan sekiranya tidak mengakui dakwaan tersebut, dakwa sumber itu lagi.


Mustahil Sarbani boleh bunuh diri, kata rakan-rakannya

TMI | Rakan zaman kanak-kanak Ahmad Sarbani, Ridzuan Mohamad memberitahu The Malaysian Insider, dia tidak percaya apabila dimaklumkan kematian penolong pengarah itu.

“Saya sangat rapat dengan dia dan dia seorang yang rendah diri. Saya merasakan tuduhan SPRM ke atasnya mengarut. Jika benar, tunjukkan bukti.

“Cara mereka menyoal siasat dia tidak adil,” katanya.

“Dia hanya dijadikan kambing kerana seseorang,” kata Ridzuan,bekas pemberita ini, yang berusia 46 tahun.

Ridzuan juga memberitahu tidak logik Ahmad Sarbani boleh membunuh diri kerana dia sentiasa mempertahankan bahawa dirinya tidak bersalah.

“Malam tadi dia panggil saya dan memberitahu saya bahawa dia sedang disoal siasat oleh SPRM. Dia berkata dia rasa tidak bersalah kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Dia juga berkata dia akan menghantar satu dokumen esok (hari ini), untuk menghantar dokumen,” katanya lagi.

Seorang lagi rakannya, Ashaari Isa juga yakin Ahmad Sarbani bukan seorang yang boleh mengambil tindakan membunuh diri.

“Itu yang SPRM mahu berkata, tetapi bagi mereka yang mengenali dia secara peribadi adalah mustahil (boleh membunuh diri),” katanya lagi.

“Personaliti dan tingkah laku dia adalah bukti dia seorang yang kuat beriman,” kata ahli perniagaan berusia 57 tahun ini.

Justeru kata Ashaari, dia mahu SPRM menjelaskan mengapa seorang pegawai kanan Kastam sanggup untuk membunuh diri dan mahu ditunjukkan rakaman CCTV kepada umum.

0 comments:

Post Haru Biru

Arkib Blog