Khamis, Mei 05, 2011

Kedah tolak sambung rebat cukai tanah UUM



MInsider | Pejabat Tanah dan Galian (PTG) menolak permohonan Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk menyambung rebat cukai tanah universiti itu, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Justeru kata Azizan, pihak universiti perlu menjelaskan bayaran pada kadar lama sebanyak RM1.7 juta atau terpaksa berhadapan dengan tindakan undang-undang jika gagal berbuat demikian dalam tempoh yang ditetapkan.

Rayuan buat dah, tapi PTG tak setuju, jadi kena bayar secepat mungkin (RM1.7 juta) atau boleh kena penalti sehingga RM90,000 lebih atau tanah kampus boleh dirampas,” katanya di sini.

Dipetik laporan Bernama, kadar cukai sebanyak RM0.20 bagi setiap kaki persegi tanah UUM jauh lebih rendah berbanding cukai yang dikenakan terhadap universiti lain, misalnya Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang yang dikenakan sebanyak RM2.50 bagi setiap kaki persegi.

Universiti Teknologi Mara pun bayar RM0.50 bagi satu kaki persegi... jadi UUM mampu nak bayar banyak tu dan kalau mereka tak mahu bayar, kerajaan negeri akan rugi kira-kira RM1.6 juta setahun,” katanya.

Pertengahan April lalu, UUM menerusi Bendaharinya telah menghantar surat kepada PTG untuk mendapatkan rebat bagi cukai tanah untuk tempoh lima tahun setelah tempoh rebat terdahulu tamat pada 2008.

Azizan kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya telah meminta Pengarah PTG Negeri untuk memberi pandangan sama ada rebat yang diberikan kepada UUM sebelum ini selama dua tahun perlu disambung atau tidak.

Sepanjang tempoh rebat diberikan, UUM hanya membayar RM150,000 bagi cukai tanah universiti itu.

5 comments:

Hamdan Rukun berkata...

SYABAS ! INI BARU KERAJAAN ISLAM PAS.
BALUN JANGAN TAK BALUN. BIAR BUDAK UNIVERSITI TAU PENANGAN PARTI ISLAM YANG MEREKA SOKONG SELA INI.

AZIZAN MUDAH JER CAKAP " INI PTG PUNYA HAL, SAYA TAK TAU !"

BUKU JINGGA berkata...

Ade kene mengena ke para pelajar UUM yang menuntut disana. Hal cukai ini adalah diantara kerajaan negeri dengan pihak UUM. Walau sekalipun UUM di rampas hak miliknya, pelajar tetap akan meneruskan pengajian. Tak perlulah berfikiran singkat wahai luncai. Kenapa dengan harga yang murah tetapi masih liat untuk lunaskan, kenapa universiti lain boleh je. Ke ada penyalahgunaan duit disana. Tu je motifnya, bukan nak huru harakan pengajian pelajar sana.

Tanpa Nama berkata...

Pelajar UUM makin bertambah. bermakna kutipan yuran pun bertambah. mana pi kutipan yang bertambah tu yea.

zack berkata...

Tempoh rebat dah tamat. bayaq lah ikut harga asal. Kalau tak mampu bayar bagi je kerajaan negeri kedah uruskan UUM tu.

Tanpa Nama berkata...

APA LA UUM NIE.. Prof. Dato' Dr. Mohamed Mustafa Ishak kan kat tanah uum tu ada pokok getah lama..pi la toreh nak bayaq duit cukai tanah tu...kalu 100 ekar tanah pokok getah busuk-busuk dapat la RM 140000.Budak UUM pakat-pakat la keja part time lepas kuliah toreh pokok getah kat UUM..mintak lah bayaq instalment bayaq 4 kali setahun kat Pejabat Tanah Kedah..Kan proble sove apa daa..belajaq tinggi-tinggi pun tak ada idea kreatif ka..kata UUM nak buat Universiti Yang Pertama Di dunia Bebas cukai nak jadikan business centre la..Renung-renungkan lah..

Post Haru Biru

Arkib Blog