Selasa, Mei 03, 2011
Keterlibatan Amerika Syarikat dalam keganasan sudah terbukti
JIKA benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam. Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.
Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.
Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.
Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.
Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?
Sekian, wassalam.
TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Menteri Besar Kelantan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Rakyat malaysia sudah marah kerana ramai sangat warga asing turun mengundi... Kerana umnobn, negara tergadai kek warga asing. Nota: Tra...
-
Gambar Hiasan Sungkai, Perak: Seorang pelajar perempuan yang masih menuntut dalam tingkatan tiga mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh sekum...
-
Gambar-gambar dibawah adalah gambar yang diambil dalam sebuah majlis makan malam anjuran Sony di Marriot Hotel, Putrajaya 16 Disember lalu. ...
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
Kosmo | Putera Jefri Bolkiah (gambar) yang merupakan adik pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah meminta seorang hakim di sini, menghal...
-
Tahniah kepada pemain Malaysia yang telah menganyang Indonesia 3-0 pada final Piala Suzuki AFF, di Stadium Nasional Bukit Jalil. Penyerang S...
-
Listen... Listen... Listen... Listen... janji tinggal janji... sudah 30 tahu maaa.... Dia punya lamaaaa.... Beruk jadi manusia jadi beruk ...
-
Papa gomo adalah bloger pencacai umno yang di didik oleh pemikiran umno-ngok berjaya menyebarkan fitnah keatas MB selangor sebagai penagih a...
-
Serambi Mekah itulah yang digelarkan rakyat kepada negeri Kelantan yang kaya dengan nilai budaya kepada setiap warganya. Kenyataan Tan Sri M...
-
Seramai 200,000 keluarga miskin dan Orang Asli akan menerima kupon RM10 bagi melayakkan mereka membeli beras gred ST15 (15 peratus hancur) y...
1 comments:
Apabila AS mula melancarkan serangan terhadap Viatnam Utara wartawan telah meminta Almarhum Tunku yang pada ketika itu PM Malaysia, beliau berkata "Saya menyokong serangan AS ini". Ulasan Almarhum Tunku ini telah mendapat komen dari Lee Kuan Yew juga PM Singapura ketika itu LKY berkata "Komen Tunku itu boleh diolah dengan mengguna kata-kata yang lebih berhati-hati". Demikian juga ulasan mengenai kematian Osama boleh diolah dengan kata-kata yang lebih berhati-hati.
Catat Ulasan