Selasa, Oktober 25, 2011
Kegagalan Pengurusan Dan Pentadbiran Umnobn Semakin Teserlah
Pembaziran dan ketirisan ketika kerajaan bawah pimpinan Umnobn mengendalikan kewangan negara, kerajaan persekutuan tidak bersungguh-sungguh untuk mengurangkan defisit dan hutang yang dipikul.
Kerajaan Malaysia dijangka berdepan dengan saat-saat gentingnya untuk menyelesaikan hutang sebanyak RM101.65 bilion dalam tempoh tiga tahun, iaitu dari tahun 2010 hingga 2012, apabila Sekuriti kerajaan Malaysia (bon kerajaan) dan Sukuk yang berjumlah ratusan bilion ringgit ini sampai tarikh tebusannya.
Nilai yang mencakupi 30% daripada jumlah hutang awam dalam negeri ini tidak termasuk hutang negeri asing yang bernilai RM6.2 bilion dan pinjaman daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berjumlah RM7.2 bilion, juga perlu diselesaikan dalam tempoh tersebut.
Hutang sekuriti kerajaan Malaysia dan Sukuk yang sampai ke tarikh tebusannya antara tahun 2010 hingga 2012 berjumlah RM101.65000 bilion, iaitu 30% daripada jumlah hutang awam dalam negeri. Jumlah hutang dalam negeri telah mencecah paras RM348.6 bilion pada hujung tahun 2009.
Akibat Pembaziran, Rasuah dan Gaya Hidup Mewah menteri, Rakyat akan ditekan dengan Cukai GST dan kenaikan harga komoditi utama keperluan harian bagi melangsaikan hutang ini.
Kerajaan Negeri Pahang Berpotensi Bankrap
Kerajaan negeri PAHANG bawah pimpinan Datuk Seri Adnan Yaakob telah mengalami defisit belanjawan selama 13 tahun berturut-turut dan kini menganggung bebanan hutang sebanyak RM2.17 bilion seperti mana Laporan Ketua Audit Negara.
Kelemahan pentadbiran dan pengurusan sehingga kerajaan negeri kehilangan sumber pendapatan sebanyak RM227.9 juta ekoran empat buah syarikat-syarikat berkaitan negeri (GLC) gagal membayar balik pinjaman mengikut jadual. laporan itu juga mendedahkan kerajaan negeri tidak boleh mengambil tindakan terhadap GLC terbabit sekiranya GLC terbabit gagal membuat bayaran.
Kerajaan Negeri Johor Gagal Langsai Hutang Walaupun 4 Peratus
Sangat mengaibkan apabila Johor, sebuah negeri yang ditadbir Umno-Barisan Nasional, berhutang sebanyak RM334.51 juta pada 2010. Mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan semalam, Johor membuat empat pinjaman iaitu tiga pinjaman bagi projek bekalan air manakala satu pinjaman untuk projek Ladang Hutan Kompensatori kedua. Sehingga akhir tahun 2010, Johor berhutang sebanyak RM134.25 juta, manakala tunggakan berjumlah RM334.51 juta.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Hasbi Satar merupakan seorang Setiausaha Politik kepada Nor Mohamed Yakcop telah meletakkan jawatan kerana kantoi memiliki wang RM2 juta. Ba...
-
Ramai yang sudah mengetahui perbualan Saiful Bukhari Azlan dengan blogger pencacai umno yang bernama papagomo di facebook. Kenyataan Saiful...
-
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pendakwaraya kerana masih mencuba untuk membatal atau menangguhkan keputusan hakim Mahkamah Tinggi mengara...
-
Alahai takkan jimat duit nak beli baju tutup litup. kah..kah..kah. Wahai ahlil umnobn korang ikut jejak langkah si Bung ni. Lebih senang dap...
-
Salam semua. Terlewat nak update. Wa nak minta jasa baik Ahli PKR. Sempena PRK P094 Hulu Selangor, ada seorang sahabat wa mahu mencetak post...
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
Menuduh ketua pentadbir sebagai syaitan yang bertopeng manusia dan sanggup pertahan seksyen 23 dengan nyawa tapi adakah penyuara ini berani ...
-
Najwa Muhyiddin artis yang sedang meniti kegemilangan merupakan seorang siswazah jurusan Kejuruteraan Elektronik dari Melbourne, Australia. ...
-
Submit URL to Google, Yahoo and Live. Remember to submit your new website or blog URL to search engine like Google, Yahoo and Live. It is a ...










0 comments:
Catat Ulasan