Jumaat, November 04, 2011
Akta Auku Tidak Sah, Mahasiswa Bebas Berpolitik
SinarHarian | Mahasiswa kini bebas berpolitik dengan keputusan Mahkamah Rayuan Isnin lalu bahawa Seksyen 15 (a) Akta Universiti (Auku) adalah tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, dengan keputusan Mahkamah Rayuan itu peruntukan 15(5)(a) sudah tidak lagi wujud dan kini mahasiswa bebas untuk berpolitik.
“Boleh, dengan sendirinya,” katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan bersama Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin, Naib Presiden MCA Gan Peng Siew dan UKM4 di Hotel Mines Wellness di Serdang semalam.
Kenyataan tersebut disokong oleh Khairy
Mereka juga meminta agar pihak kerajaan tidak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan Isnin lalu yang memutuskan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Pada masa yang sama mereka menggesa kerajaan memansuhkan Seksyen 15 AUKU dimansuhkan selaras dengan program transformasi politik dibawa Datuk Seri Najib Razak.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Ramai yang sudah mengetahui perbualan Saiful Bukhari Azlan dengan blogger pencacai umno yang bernama papagomo di facebook. Kenyataan Saiful...
-
Rakam noda anak MyMetro | KUALA LIPIS: Dia sudah ada empat isteri, namun seorang kontraktor layak digelar ‘bapa setan’ apabila tergamak menj...
-
Sesuatu Yang Tak Pernah Berlaku Di Masjid Sultan Mizan Putrajaya, Kini Berlaku Sebentar Tadi. Selesai Solat Jumaat, Orang RAmai Tidak Meni...
-
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran kepada partiparti politik yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri DUN) Man...
-
Dah kena penyakit Bik Mama lar turr... Woiitt baju jarang itu sesuai untuk majlis akad nikah di gereja ... Tak dak adap sopan dan kemaluan...
-
Hasbi Satar merupakan seorang Setiausaha Politik kepada Nor Mohamed Yakcop telah meletakkan jawatan kerana kantoi memiliki wang RM2 juta. Ba...
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
Lar ni semua orang sudah kenal kerana berpakaian macam perempuan lorong... "Nampak sikit je. Pilih baju ni sebab nak nampak kelainan....
-
Gambar ini pernah meletop suatu ketika dahulu. Tuan punya badan pernah menafikannya. Zaman itu sudah boleh ambil gambar hires. Menurut foren...








5 comments:
Kerajaan Jangan Tak Buat Rayuan. Tunggu dulu, apa pula kata Mahkamah Persekutuan.
Apakah berpuak-puak dan berpecah belah dalam kampus kerana fahaman politik suatu yang dikehendaki dan baik di IPTA sebagai tempat pengajian? Apa relevannya parti politik dikampus dan apa hak mereka untuk mencampuri urusan dan dasar IPTA? Maka Mahkamah Rayuan perlu nampak dan jangan pura-pura tidak nampak bahawa kekangan pada auku adalah untuk menghilangkan benih yang akan menjejaskan kententeraman awam (pubic order) di sesebuah IPTA agar falsafahnya sebagai tempat pengajian dihormati. Pun begitu, politik (seperti sukan etc)sebagai sebuah kurikulum (matapelajaran) dengan buku dan artikel rujukan digalakkan.
Pendidikan haruslah bedasarkan pemikiran secara disiplin (seperti thesis) bukannya pemikiran yang tanpa disiplin dan haru biru. Mungkin pemikiran "haru biru dan kurang disiplin" adalah lumrah bagi orang politikus namun pendidikan dan dasar pengajian, pemikiran itu hendaklah berstruktur dan berdisiplin.
Kalau jaguh berfikiran, buatlah artikel dan thesis dengan metolodoginya dan sebagainya.
Tanggapan bahawa berpolitik boleh merangsangkan pemikiran berdisiplin itu suatu tanggapan yang terpesong. Pendidikan itu pemikiran berdisiplin harus difahami bukan pemikiran beremosi dan popular.
AUKU tidak sedikitpun menghalang sesiapa yang berkelayakan mengundi. Siapa yang tidak mahu kebebasan. Tetapi kebebasan tanpa peraturan akhirnya!!! perhimpunan seperti seksualiti Merdeka apakah itu kebebasan??
Umno bila nak mati mula lah cucuk punggung sultan.
Umno bila nak mati mula lah takut-takutkan orang melayu.
Umno bila nak mati mula lah sekat itu ini supaya boleh kekal berkuasa.
Umno bila nak mati mula lah melutut sujud kepada rakyat menagih simpati.
Umno bila nak mati sanggup jual negara bagi kerakyatan kepada pendatang.
Dalam Umno masing-masing cuba bunuh kawan yang berpotensi.
Umno dari dulu kini tetap bodoh selama-lamanya.
hehe.. akhirnya umno mati ditangan puak umno sendiri. hehe
Apa yang jelas ialah AUKU digunakan untuk mengekang pelajar dari terlibat dengan parti pembangkang, sebaliknya jika mereka berjinak-jinak dengan UMNO ia tidak jadi masalah. Ini adalah bukti jelas bahawa AUKU hanyalah alat politik kerajaan untuk menghalang generasi muda menyokong pembangkang di negara ini.
AUKU adalah penyebab utama mahasiswa lemah dan tidak matang dalam menyuarakan sebarang pendapat kerana ‘takut’ diherdik Totok umno
Catat Ulasan