Ahad, Januari 01, 2012

Mahasiswa Seluruh Negara Harus Bangun Melawan Untuk Perubahan

Sokong Mahasiswa berkata...

Kata-kata mamak mahathir

“Menjadi penakut memalukan. Bangsa yang penakut tidak boleh dibanggakan. Janganlah kita sengaja menjadikan bangsa kita bangsa penakut. Sebaliknya cubalah supaya bangsa kita jadi lebih berani,”

Rupa-rupanya melayu umno yang penakut. Guna AUKU. Guna FRU. Guna Polis. Guna ISA. Ayuh melayu berani jom Kuburkan Umno barisan nasional di PRU 13 nanti.

Ramai mahasiswa BERANI yang cedera akibat dibantai, dipijak dan dibelasah oleh FRU. Malah ada yang dikerjakan sehingga separuh mati. Ramai yang cedera termasuk di muka, patah gigi dan tulang rusuk serta bermandi darah.



KENYATAAN RASMI PMUKM : KEZALIMAN TINDAKAN FRU MEMBELASAH MAHASISWA DALAM MENYURAIKAN “HIMPUNAN” DI UPSI.


Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) memandang serius akan tindakan yang diambil oleh Federal Reserve Unit (FRU) dalam menangani isu yang berlaku di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada awal tahun baru 2012.

PMUKM menyelar sekeras-kerasnya tindakan FRU membelasah mahasiswa dalam menyuraikan perhimpunan di UPSI. Pengerusi BEBAS, Saudara Safwan Anang di laporkan kritikal dan beberapa mahasiswa lain yang turut tercedera dengan tindakan zalim pihak polis.

Ini merupakan satu tindakan yang tidak wajar kerana secara terang-terangan bertentangan dengan roh Perlembagaan Persekutuan yang sememangnya memberi hak kebebasan kepada rakyat untuk berhimpun dan menyuarakan pendapat.

Sekalipun himpunan ini dilihat sebagai satu perkara yang boleh mengganggu-gugat keselamatan awam, pihak polis tidak sewajarnya menggunakan kekerasan dalam menangani himpunan ini kerana mereka hanya berdepan dengan mahasiswa dan bukannya penjenayah bersenjata.

Tindakan yang diambil pada waktu kejadian seolah-oleh menggambarkan pihak polis terlalu terdesak seolah-olah tiada jalan lain dalam menangani himpunan tersebut. Ini sama sekali tidak sesuai di lakukan dalam negara yang mengamalkan demokrasi.

Sikap “double standard” polis juga terlihat apabila sebelah pihak yang menyokong kerajaan membuat demostrasi di Putrajaya pada 21 Disember baru-baru ini tidak pula dikenakan apa-apa tindakan, sebaliknya kekerasaan diperlakukan kepada mahasiswa yang tidak sehaluan dengan kerajaan.

Seharusnya pihak polis menjadi badan yang bertanggungjawab dalam memastikan keharmonian, keadilan, dan kesaksamaan semua pihak khususnya rakyat jelata dan bukannya bertindak di luar peri kemanusiaan.

Oleh itu, PMUKM mendesak supaya Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar Rabu supaya bertanggungjawab atas tindakan kejam pihak polis terhadap mahasiswa yang berhimpun di UPSI pada awal tahun baru 2012.

“Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti”
“Mahasiswa Menjulang Kebebasan Akademik”



Tahun Baru 2012 Tercemar

1. Tahun Baru 2012 dikotori oleh keganasan dan kezaliman melampau apabila sekumpulan mahasiswa yang dipercayai kena belasah Polis. Safwan Anang Talib Timbalan Presiden GAMIS merangkap Pengerusi BEBAS , Badan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademi atau BEBAS AUKU cedera parah dan kini [ saat artikel ini ditulis ] masih mendapat rawatan kecemasan di wad kecemasan Hospital Slim River Perak.

2. Sementara 17 orang mahasiswa yang lain masih ditahan dalam Lokap di IPD Tanjung Malim dan seorang yang lain cedera dan pecah di bahagian kepala.

3. Saya beri masa kepada pihak kerajaan dan juga PDRM sehingga jam 12 tengahari ini [ 5 jam dari sekarang ] agar semua tahanan itu dibebaskan. Mereka juga mesti mengambil tanggungjawab jika sesuatu yang buruk berlaku kepada mahasiswa khasnya Timbalan Presiden GAMIS yang masih dirawat dalam wad kecemasan di Hospital Slim River.

4. Sungguh zalim dan kejam tindakan mereka ke atas anak - anak muda yang hanya berhimpun untuk menyuarakan isi hati mereka di UPSI lewat malam tadi. Apakah mereka sedang menguji kebangkitan anak muda ? apakah mereka mahu menguji kesabaran anak muda ?

5. Dewan Pemuda PAS Malaysia membantah dan mengutuk sekerasnya tindakan kejam ini. Saya harap seluruh pemuda dari seluruh negara bersedia. Mulakan detik ini untuk bermunajat kepada Allah swt agar saudara Safwan kembali pulih dan 17 mangsa tahanan di bebaskan menjelang jam 12 tengahari ini. [ 5 jam dari sekarang ] Jika tidak satu himpunan besar anak muda akan diadakan bagi mendesak pembebasan mahasiswa dan pihak polis yang terlibat melakukan kekasaran ini mestilah disiasat dan diambil tindakan tegas.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

0 comments:

Post Haru Biru

Arkib Blog