Ahad, Januari 01, 2012

FRU kek UPSI Belasah Mahasiswa


Mahasiswa Bangun Melawan... Kebangkitan mereka telah bikin umno beruk negara kecutt teloorrr.... Menjelang 2012... jeng... jeng... jeng...

tukar tiub:
pada jam 11.15 malam kampus UPSI
telah di kepong polis
semua jalan masuk telah ditutup
jalan besar ke tanjung malim ada road block
di setiap pintu UPSI ada polis berkawal
bukan suasana tahun baru tapi suasana perang

fb boikotutusan:
Anak-anak muda ini tidak mengendahkan sambutan tahun baru dan bersuka ria sebaliknya, membela hak sedang diasak kerana mempertahankan hak mereka. Ada yang dibelasah hingga nazak, ada juga yang di sumbatkan ke penjara.

Gambar Terkini Adam Adli Di Dalam Lokap IPD Tanjung Malim



Gambar Muhammad Safwan Anang Talib, Pengerusi BEBAS yang dilaporkan sedang nazak akibat pergelutan dengan FRU dipintu masuk UPSI tengah malam tadi.



Solidariti Mahasiswa:
Himpunan Kebebasan Akademik di UPSI diprovokasi lebih 100 anggota polis atas arahan UMNO! Bangkit Mahasiswa!

Mahasiswa mangsa kekejaman polis pada tahun baru 2012!. Salah Seorang Mahasiswa Yang Menjadi Mangsa Amukan FRU Di Pintu Masuk Utama UPSI Tengah Malam Tadi.. Mangsa, Saudara Amar Ismail dari Universiti Malaya.

Keranda AUKU & Najib Razak di UPSI!
 Makin kuat mahasiswa ditekan, makin kuat mahasiswa melawan! Kita tidak akan berundur. Teruskan SOLIDARITI MAHASISWA!

7 comments:

Admin berkata...

Kenapalah mereka nak menggans pukul
mahasiswa. cari la jalan yang bijak sikit ;(

P/s:
ahsfantasy24.com">Selamat tahun baharu, semoga hari mendatang lebih baik dan semoga tercapai apa yang diimpikan :)

Bob berkata...

Ni mesti kes FRU tak dapat cuti tahun baru. Jadi lepas geram kepada mahasiswa.

Tanpa Nama berkata...

Tindakan polis itu sudah melampau. Walaupun apa alasan, ianya melampau. Polis tidak sepatutnya melakukan demikian rupa kalaupun ingin menjaga perdana menteri, Najib Razak. Pelajar atau mahasiswa tidak patut dipukul hingga pangsan. Mereka bukan merusuh atau membuat jahat hanya tunjuk perasaan.

Kenapa pukul mereka? Mereka adalah anak-anak kita yang bakal mewarisi negara di masa depan. Kalau kita waras dan bertimbang rasa aksi dan himpunan mereka itu tidak ke mana. Mereka hanya ingin melepaskan perasaan ke atas sesuatu yang mereka tidak setujui sahaja. Dan gelagat mereka itu lumrah bagi anak-anak muda seusia mereka.

Zack berkata...

Wahai Polis dan FRU?

Tugas seorang anggota polis -sebelum tugasan kenegaraan- sebenarnya adalah tugasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya iaitu ‘Menyuruh Kebaikan, Mencegah Kemungkaran’. Itu moto asal pasukan polis. Sekalipun, tumpuan terbanyaknya kepada bahagian kedua iaitu ‘Mencegah Kemungkaran’. Hakikatnya, polis berperanan menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah dengan dipastikan setiap penzalim akan dihalang, dicegah dan dihukum. Jika itu tidak berlaku, masyarakat akan porak peranda dan menerima hukuman dari Allah.

Sokong Mahasiswa berkata...

Kata-kata mahathir

“Menjadi penakut memalukan. Bangsa yang penakut tidak boleh dibanggakan. Janganlah kita sengaja menjadikan bangsa kita bangsa penakut. Sebaliknya cubalah supaya bangsa kita jadi lebih berani,”

Rupa-rupanya melayu umno yang penakut.

Ramai mahasiswa BERANI yang cedera akibat dibantai, dipijak dan dibelasah oleh FRU. Malah ada yang dikerjakan sehingga separuh mati. Ramai yang cedera termasuk di muka, patah gigi dan tulang rusuk serta bermandi darah.

Guna AUKU. Guna FRU. Guna Polis. Guna ISA. Ayuh melayu berani jom Kuburkan Umno barisan nasional di PRU 13 nanti.

Tanpa Nama berkata...

Satu rusuhan mahasiswa telah diadakan di perkarangan UPSI pada jam 2100 pada 31/12/2011. Rancangan perhimpunan ini dibuat untuk menyatakan perasaan tidak puas hati dan mendesak pemansuhan AUKU dan mendesak pihak UPSI tidak mengambil tindakan diatas perbuatan seorang pelajar UPSI ADAM ADLI yang bertindak menurunkan ben...dera PM Dato Seri Najib di PWTC Kuala Lumpur pada 17/12/2011. Secara tiba-tiba sekumpulan 70 lelaki dan perempuan yang dipercayai kumpulan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) telah mengambil tempat di hadapan pintu besar UPSI dan mula mengadakan demonstrasi dengan tindakan membuat ucapan terbuka dan menjerit-jerit dengan perkataan dan tindakan provokasi kepada pihak UPSI, kerajaan, UMNO dan juga kepada pihak polis. Sebagai langkah pencegahan rusuhan ini, pihak Polis telah memberi masa yang secukupnya untuk mereka menyatakan kehendak mereka dan masa selama 30 minit telah diberi. Walau bagaimanapun kumpulan ini dilihat makin agresif dengan bertindak berbaring di atas jalan raya dan membuat provokasi kepada pihak polis

Tanpa Nama berkata...

“Yang saya hairan, kenapa mereka memecah cermin sebuah klinik di depan Upsi? Adakah mereka mahu menganggap kecederaan itu dilakukan pihak berkuasa? “Yang saya dapati laporan perubatan Hospital Slim River, Perak orang luar, iaitu Safwan Anang Talib cedera kerana serpihan kaca,” katanya.

Beliau menyokong tindakan yang dilakukan polis dan pihak keselamatan Upsi kerana menahan orang luar daripada menceroboh dan melakukan kekecohan.. :D cermin pecah betulkh tu,ada cermin pecah??

Post Haru Biru

Arkib Blog