Memaparkan catatan dengan label Gantung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gantung. Papar semua catatan

Rabu, Julai 15, 2009

MACAM-MACAM HAL, BEWARE

BUTTERWORTH: Seorang lelaki tempatan dan seorang wanita rakyat China dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan memperdagangkan seorang gadis berusia 17 tahun. Kedua-dua tertuduh, Choong Loke Kiang, 49, dari Taman Boundry, Pulau Pinang dan rakyat China, Yang Wenna, 23, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu bersama beberapa orang lain yang masih bebas di sebuah bilik di Hotel Pearl View, Jalan Baru, di sini, antara pukul 1 petang dan 8 malam, 26 Jun.

KUALA LUMPUR: Noralina Dasuki, 22, dan Mohd. Khairul Anuar Abdullah, 27, dihukum gantung setelah didapati bersalah membunuh pelajar kolej Juliana Md. Fuzi, 20, dua tahun lalu. Mereka didakwa membunuh Juliana, pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIAM) pada Mac 2007. Juliana juga didapati telah dirogol. Pada 13 April 2007, kedua-dua mereka dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh Juliana. Mengikut pertuduhan, Noralina, penganggur dan Mohd. Khairul, jurujual sebuah stesen televisyen satelit berbayar dituduh bersama-sama membunuh Juliana di Bilik 5133, Tingkat Tiga, Apartmen Sunrise, Wisma Indah, Jalan Tun Razak di sini, antara pukul 8 malam, 23 Mac dan 8.30 malam 24 Mac lalu. Dalam kejadian itu, Juliana yang merupakan pelajar tahun tiga Diploma Pengurusan Perniagaan ditemui mati dijerut menggunakan wayar.

(Moral: Jenayah berkembang mengikut kemajuan sesebuah negara dan haruslah diambil serius akan hal ini)

Rabu, Mei 20, 2009

Khir Tunduk, Kura-kura Memanjat

Gagal menghadiri SELCAT, Khir Toyo & The Gang disyorkan digantung dari menghadiri sidang DUN selama setahun tanpa gaji. Manakala Warno Dogol, Isa Abdul Kasim, Marsum Paing dan Mohamad Idris Abu Bakar yang kena enam bulan tanpa gaji. Jika hujah mereka power di sidang DUN selangor nanti, Khir & The Gang akan terlepas.

Post Haru Biru

Arkib Blog