Perjalan malam memang memenatkan apatah lagi dalam keadan cuaca yang malap dan hujan yang lebat. Malam ni bersama rakan-rakan menaiki kereta sewa berjenama nissan bluebird hasil 'tong-tong' dari poket masing-masing meredah kabus melalui Gerik Jeli. Pemanduan kawan aku sangat memberangsangkan. Setiap selekoh mesti berbunyi geseran tayar belakang (Pengaruh Initial-D). Masing-masing terdiam bila selekoh-selekoh tahap advance dilayan dan hanya kedengaran alunan peti musik berjenama sonny exploid. Kuat dan stabil lagi kereta usang ni walaupun masih dressing orang lama. Hampir enam jam perjalanan sejauh 450km itu dan sungguh meletihkan.
Sampai di tengah bandar Newcastle suasana sudah sunyi sepi dan tak happening. Trit..Triitt.. hp aku berbunyi.. Salam hang dok tunggu kat mana tu. Kawe kat white House.. demo mari alik ni. Sampai sahaja kawan aku terus bawa ke rumah dan bermalam 4jam di rumah dia. Besok kita mulakan program yang dok bincang hari tu.
Selepas sarapan pukul 9 pagi kawan aku bersuara. Kereta demo tinggal kat ghumah kawe selamat sikit. Gempak la corolla klasik, berapa hang habih buat sampai jadi macam nih... Jangey tanya, naik aja. Perjalanan ke Rantau Panjang memang menarik, lurus je jalannya. Sekali sekala dengag bunyi ngauman exzos dan hembusan 'Blow of Valve HKS SQV2' yang nyaring menikam gegendang telinga. Perghh... kuat giler kuda tua ni... tenaga apa yang dok dalam bonet kereta hang?. Dengan selamba dia jawab enjin Toyota Supra RZ TT. Sampai ja kat Rantau Panjang kawan aku buat kejutan. Demo mari jauh, jom kawe bawa demo masuk sempade. Boleh ka kami semua tak dak passport. Tork jadi hal... sambil menekan minyak menuju ke imigran. Sampai saja dia terus angkat tangan dan berlalu macam tu sahaja. Ceh!!! senang sangat masuk guna passport cap tapak tangan ja. Kawan aku tersenyum.
Setelah memarking kereta di tempat selamat, semua pakat turun dan menghirup udara Thailand... Nak shoping alik ni mughoh sikit, tapi demo jange terpedayo denge penjual ni, kuat belit jugork. Tino siey comey-comey, kalau demo sangkut kawe tingga demo klek sendiri kah..kah..kah... Hampeh.. macam-macam barang pelik ada kat sini. Dari pakaian berjenama, sehinggah senjata cetakrompak. Nampak macam real. Sampai lencana polis Malaysia pun dijual... KOOL. Budak tempatan kat sini naik motor semua tak pakai helmet dah tu naik sampai 4 orang... KOOL GAK. Dari kedai kesatu kedai yang lain sempat juga menjeling kehidupan di sini memang hippies. Kalau tak dak bekalan dijiwa boleh tergoda jugak. Sesekali terpandang melayu semenanjung yang sedang bershopping dan ada yang tersenyum puas. Keh..koh..keh... Hari ni akubeli apa yang patut ja. Kawan-kawan aku sakan berbelanja, almaklumlah kerja hebat belaka. Hampir sehari suntuk menjelajah, pakat-pakat pi pekena real tongyam. TERSANGAT KOOL.. kawan aku kata tak dak yang hebat melainkan di sini. (Nak tahu pergi sendiri).
Hari ni sejarah aku sebab boleh pi tempat orang dengan mudah. Pengalaman dapat mengubah minda. Asyik dok kat kampung ja kusut gak. Dan esoknya kami pulang menyusuri Kuala Krai - Manek Urai - Gua Musang - Merapoh - Lipis dan belok masuk kampung aku.
(Moral: Jauh perjalanan Luas Permandangan dapat Pengetahuan. Dok kumpul duit nak pi ke tempat lain pulak. US KOT)
Sabtu, Jun 06, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Rakyat malaysia sudah marah kerana ramai sangat warga asing turun mengundi... Kerana umnobn, negara tergadai kek warga asing. Nota: Tra...
-
KUANTAN - Beberapa orang pekerja sebuah kilang pemprosesan makanan, Ocean Fresh Sdn. Bhd. pada mulanya ternampak sebungkus beg plastik sam...
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
Kosmo | Putera Jefri Bolkiah (gambar) yang merupakan adik pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah meminta seorang hakim di sini, menghal...
-
Anak tun razak kaler hitam, berlainan benar dengan si bibir merah..... Video dibawah, Kek Gelang Patah! 1 bas warga bangladesh turun men...
-
Grombolan umnobn dilihat semakin terdesak dan akan cuba membersihkan imejnya yang tercalar. Sedang Hishamuddin Hussein (KDN) dan Musa Hasan ...
-
Parti manakah yang berani menjolok kedudukan istana semenjak 1946? Awang buat-buat lupa ye.. atau Awang sudah terkena sindrom pelupa. Biasan...
-
satu: Mamak mahathir Alkutty set-up liwat 1 sebab rasa terancam pengaruh politik anwar... maka beliau dapat sambung pemerintahan diktatorny...
-
This is true and all happened within these two years! I have a friend's daughter who is studying in Limkokwing University, and she was k...
0 comments:
Catat Ulasan