Sabtu, Jun 20, 2009

> DARI BATU CAVE UNTUK SEMUA...


Dalam dok kalut isu kerajaan perpaduan, Terdengar pulak suara menteri tua nih.. Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu menyeru kaum India di negara ini bersatu padu bagi berbincang dan bertindak dengan satu suara ke arah perpaduan. Menurutnya, masyarakat India perlu mengambil petunjuk daripada apa yang diuar-uarkan mengenai perbincangan perpaduan Umno-Pas. Beliau berkata, melalui satu tindakan bersatu padu kami boleh terus wujud dan mencapai kemajuan. “Bagi memulakan langkah ini, saya akan menulis surat kepada pelbagai politik kaum India dan badan bukan kerajaan utuk bersama ke arah perpaduan kaum itu. Saya kini dalam siri perbincangan perpadian dengan badan-badan bukan kerajaan di negeri-negeri sejak beberpa minggu yang lalu,” katanya dalam laman web MIC.

(Moral: Hangpa dok canang Bersatu, Berpadu tenaga ke arah Malaysia jaya... tapi barisan hangpa pun cacamarba... camana)

0 comments:

Post Haru Biru

Arkib Blog