Sabtu, Jun 20, 2009

> MINYAK NAIK GAJI KENA POTONG... MAMPOSSS...


The 400,000 workers in government-linked companies (GLCs) have been forewarned to brace for a salary cut by September 2009 because of the economic downturn, MTUC Vice-President Mustafa Maarof disclosed today. Alamak... bila ekonomi merundum.. gaji pun boleh merundum gak. Tapi bila ekonomi tengah tip top dan pendapatan kompeni menguntungkan buat diam ja... tak pulak nak huloq-huloq kat pekerja yang berhempas pulas menaikkan carta keuntungan. Hampehh... la ni gaduh nak potong gaji plak.. Dengan keadaan sekarang ni... barang makin mahal minyak dikata akan naik... macam mana lar 400,000 pekerja tu nak survive. Kalau ada back-up jualan langsung, mlm, jual besi buruk dan lain-lain tak pa larrr.... Harap-harap Syed Mokhtar dapat membantu mereka ini...

Imbasan dulu-dulu dan kata mereka:

- Bayaran pencen yang diterima sekarang amat kecil iaitu hanya RM130, kami hanya mahukan kerajaan memberi sedikit ruang untuk melihat permintaan kami , nilai lah bayaran sewajarnya yang patut diberikan kepada kami, ia jauh sekali berbanding penjawat awam sekarang yang menerima bayaran pencen sebanyak RM720 sebulan.

- Kekerapan perubahan sering berlaku dalam syarikat GLC, apabila hadir seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), satu hala tuju dilakukan CEO tersebut, dan apabila dia keluar, datang CEO baru, dia pula buat hala tuju baru, kita pekerja di bawah tidak dapat menyesuaikan diri dengan perubahan itu dan ramai pekerja dianggap "tidak menunjukkan prestasi yang baik" sedangkan mereka "menunjukkan prestasi yang baik", ada pengalaman. Hari ini kita lihat banyak orang luar jadi CEO dengan pemberian gaji yang lebih tinggi, orang dalam syarikat yang punya pengalaman sudah diketepi, dianaktirikan... ini yang kita nak persoalkan kepada Khazanah.

- Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengeluarkan arahan serta-merta kepada pengurusan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) supaya membuat laporan polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan pecah amanah wang syarikat semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional sebelum ini. Pihaknya telah mengesan penyelewengan dan salah guna kuasa beberapa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat GLC membabitkan pecah amanah bernilai puluhan juta ringgit.

- Pelantikan seorang pemandu ambulan sebagai pengarah sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Said telah mencetuskan satu lagi kontroversi antara beliau dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Terengganu. Beberapa ADUN tersebut mendakwa mereka tidak bersetuju dengan pelantikan pemandu tersebut serta dua lagi bekas guru sekolah rendah sebagai pengarah sebuah anak syarikat dan hospital milik kerajaan negeri di Kuantan, Pahang.

- CEO TNB dan TM dah setahun lebih mengetuai syarikat, tetapi tidak ada menunjukkan kehebatan mereka, kepakaran yang mereka tunjukkan masa ini ialah buang pekerja. Kurangkan kos syarikat agar syarikat untung besar dengan membuang pekerja tetapi pada masa yang sama tidak ada perniagaan baru diwujudkan. Kalau pegawai itu baru, letakkan di jawatan bawah dulu dan apabila telah menimba pengalaman barulah boleh dijadikan CEO untuk menerajui GLC. Apa yang saya bimbang GLC ini akan menjadi senjata makan tuan kepada kerajaan kerana CEO tidak dapat menjalankan tugas dengan baik sehinggakan menyebabkan kerugian besar.

>>>Senarai Syarikat GLC di Malaysia>>>

(Moral: Ada banyak kekosongan part time memotong rumput di kampung aku... wakakah...)

0 comments:

Post Haru Biru

Arkib Blog