Ahad, Jun 28, 2009

> TIP-TOP MELETUP


Tip-top bila nak pi interview

Sebelum temuduga apa yang perlu buat
-Buat research mengenai majikan dan syarikat tersebut.
-Pengesahan tempat, tarikh dan masa
-Berlatih menjawab depan cermin soalan-soalan teknikal dan peribadi
-Bawa salinan tambahan resume dan sijil-sijil berkaitan
-Sebelum masuk bilik temuduga, pastikan kemasan terakhir anda

Cara berpakaian
-Pakaian kemas dan formal kalau banyak duit pakai ala-ala ceo
-Kesesuaian imej dengan jawatan yang dipohon
-Bagi wanita jangan pakai pakaian yang membeliakkan biji mata penemuduga lelaki

Adab
-Hulurkan tangan untuk bersalam, perkenalkan diri dan tunggu sebelum disuruh duduk.
-Buang rasa gemuruh dan duduklah dengan sempurna. Jangan duduk dihujung kerusi ala-ala malu gitu...
-Senyum dan bercakap tentang pencapaian anda dengan keyakinan. Jangan merendahkan diri anda.
-Kalau gugup perhatikan kepada salah seorang penemuduga dan berpura-pura bahawa ini adalah temuduga satu sama satu
- Kalau ada sebarang pertanyaan boleh diusulkan kepada penemuduga tersebut. Tapi awas, perlu berhati-hati dan jangan sampai jadi macam soal siasat.
-Jangan menipu dan berkata perkara yang sebenar.
-Akhir sekali, senyum dan ucapkan terima kasih kepada penemuduga atas masa yang diluangkan dan nyatakan minat anda terhadap kerja tersebut.

Selepas temuduga apa perlu buat
-Jika penemuduga tidak memberitahu akan tarikh penerimaan, adalah menjadi kebiasaan menunggu selama lebih kurang 2 minggu sebelum anda menelefon semula.
-Namun di zaman sekarang kebanyakkan jawapan penerimaan selalunya disuapkan di dalam sistem maya. Anda boleh melihatnya dengan memasukkan no ic anda di laman web syarikat tersebut.

(Moral: Ceh patut pun hari tu interview sebagai pilot tak dapat... lupa nak ikut tip & trik nih...)

0 comments:

Post Haru Biru

Arkib Blog