Jumaat, Julai 31, 2009

HISHAMMUDDIN PERLU SEDAR DAN JANGAN MENGUGUT RAKYAT


KDN dibawah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengarahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan supaya segera bertindak terhadap mana-mana pihak yang menyertai perhimpunan yang dijadualkan Sabtu ini di ibu negara.

‘‘Polis perlu bertegas dan ambil tindakan bagi memastikan undang-undang dan Perlembagaan negara tidak dicabul sewenang-wenang. Negara ini dibina berlandaskan acuan kita sendiri dan bukannya negara barat.”
-Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri

Mana hak asasi mereka sebagai warga Malaysia dalam negara DEMOKRASI?
Suara rakyat pada perhimpunan sabtu ini bukanlah untuk menghuru-harakan negara. Jika tiada provokasi dari pihak agensi genggaman Hishammuddin, perhimpunan ini akan menjadi sejarah yang besar dan paling AMAN. Mereka berhimpun sebagai kata sepakat untuk mansuhkan akta ISA peninggalan penjajah.

Semua tahanan ISA dinafikan proses mahkamah dan mereka tidak pernah mengetahui tarikh akhir berada di Kem Kamunting. Kehidupan mereka berada dalam keadaan tidak pasti sepanjang masa. Bezanya ISA dengan akta lain ialah, dalam ISA seseorang pesalah itu tidak dibenarkan mendapatkan peguam untuk mewakili dirinya, tiada pendakwaan oleh pendakwa raya, tahanan tidak boleh diikat jamin, tiada bukti yang dikeluarkan selari dengan tuduhan, tiada proses perbicaraan, tiada hakim dan tiada mahkamah yang menjadi tempat segala proses perbicaraan.

Peguam bela, pendakwa raya, bukti-bukti, hakim dan mahkamah semuanya berada di tangan Menteri Dalam Negeri yang kuasanya terlalu besar. Menteri ini pula biasanya tidak tahu apa-apa mengenai mangsa ISA. Menteri Dalam Negeri bebas menjatuhkan hukuman melanjutkan penahanan setelah mendapat laporan daripada polis cawangan khas (Special Branch).

(Moral: Kenapa ISA, akta tahan tanpa bicara masih dihalalkan? Siapakah yang menjadi ikutan? Allah ataupun syaitan?. Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan bencikan kezaliman, marilah sama-sama serlahkan perasaan itu dengan menghadiri himpunan aman MANSUH pada 1 ogos nanti)

6 comments:

Basuh Baju berkata...

nak wat cmne...ada yg beranggapan ISA ni tanda kuasa org melayu...hahaha

Makaroni berkata...

Yang ramai kat dalam tu pon Melayu jugak...

Unknown berkata...

suka hati mak bapak diorang tahan dan sumbat tanpa perbicaraan. bila rakyat nak bersuara mereka akan mengugut. ini tidak adil.

Tanpa Nama berkata...

PETALING JAYA: Polis telah mula mengadakan sekatan lalu lintas di lokasi-lokasi utama di Lembah Klang sejak pagi bagi halang perhimpunan anjuran 2 kumpulan di Kuala Lumpur esok. Dua kumpulan yang masing-masing pro dan anti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Sabtu ini, Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran). Magaran merupakan kumpulan yang mahu ISA dikekalkan.

Harap korang berhati-hati dan berwaspada. Nasihat kepada sahabat.

Tanpa Nama berkata...

Maaf bukan nak kutuk Hishammuddin. Dulu dia ni selalu sangat cium keris macam tak ada benda lain dah. Wataknya memang rakus bila keris tak bersarung dicium nasib baik tak kena jilat keris tu. Itulah budaya Hishammuddin yang diikuti remaja sekarang yang suka kiss me kiss. Cakap berapi tapi penakut elok tolak ja masuk longkang.

Umno Tegar berkata...

ISA merupakan undang-undang yang berunsur pencegahan serta-merta yang sering kali digunakan bagi mengelakkan unsur-unsur subversif dan anarki. Agensi perisikan negara yang mempunyai maklumat-maklumat mengenai kegiatan untuk mencetuskan huru-hara selalunya akan menyarankan langkah-langkah pencegahan ini.

Post Haru Biru

Arkib Blog