"JKR sudah mentaksirkan kos membina jambatan baru itu nanti adalah sebanyak RM7 juta. Kita BN janji jambatan baru itu akan dibina sehari selepas kita menang. Janji capai kejayaan dulu. BN kalah pun kita tetap bina 564 buah masjid di seluruh Kelantan. Saya minta pengundi buat solat istikharah. Tidak salah memilih BN kerana BN mampu membawa perubahan dan pembangunan."
- Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri
Awang Adek Hussin juga akan pening jika umnobn kalah di kawasan tersebut. Pembinaan sebanyak 564 buah masjid yang dijanjikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu dilaksanakan. Janji mesti dikotakan, jika tidak akan memakan parti umnobn itu sendiri.
Untuk anak kelantan di perantauan korang kenalah memahami luahan ini yang datangnya dari seorang mufti. Bukannya dari mulut busuk umno karat.
“Melihat kepada usaha-usaha islamisasi di Kelantan yang telah dan sedang dilakukan, maka saya berpendapat sebarang kegiatan untuk menjatuhkan Kerajaan Kelantan yang sedang ada amat tidak wajar dan menyanggahi ruh Islami seorang muslim, bahkan jiwa seorang insan biasa yang adil dalam penilaian pun. Biarlah Kelantan dengan caranya, mereka muslim, mereka cuba memerintah dengan pendekatan yang tidak menyanggahi syariat, sebaliknya cuba memenuhinya. Usaha menjatuhkan Kelantan hanya menimbulkan salahfaham mereka yang bersemangat Islam terhadap Kerajaan Pusat.”
- Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin

(Moral: Budaya dan amalan turun temurun merupakan kekuatan rohani dan jasmani setiap masyarakat. Hanya umnobn sahaja yang melacurkan budaya ini sehingga hilang dari mata masyarakat. Kehidupan dikota jauh berbeda hang=hang, aku=aku. Kalau dikampung aku sikap ni memang tak dak langsung dalam kepala penduduk. Hang susah=kami tolong, Hang sakit=kami carikan ubat, Apa!! hang nak kahwin... Tak pa.. ramai anak dara kat sini baik-baik budi bahasa dan akidahnya. Hang jagalah sebaiknya)
0 comments:
Catat Ulasan