Isnin, Ogos 17, 2009

Kelemahan Zahid Hamidi Disebalik Kekuatan Tentera

Dato Fuad Hassan, Timbalan Presiden Perkasa dan AJK Bahagian UMNO Gombak.

  • Saya juga tidak dapat menyembunyikan kekecewaan saya terhadap sahabat saya Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang ternyata hambar, kontang idea dan tenggelam dalam kepetahan Dr. Puad..
  • Saya kecewa seorang yang berpengalaman seperti Dr. Zahid ternyata lemah sekali dalam berhujah dan inilah juga tanggapan ramai terhadap Dr. Zahid seperti yang disampaikan oleh kawan-kawan saya.
  • Beliau menyebut berkali-kali tentang perlunya beliau menang untuk membolehkannya membuat perubahan dan rombakan terhadap sistem politik UMNO di bawah pimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak. Nampak macam beliau ‘enjoy’ menyebut hubungan baiknya dengan Najib.
  • Dr. Zahid berjanji untuk membuat kursus-kursus untuk mendidik ahli-ahli UMNO sekiranya beliau menang. Soalnya beliau telahpun berkuasa sekian lama dan menjadi ahli majlis tertinggi yang paling atas melalui persepsi ahli-ahli UMNO yang tinggi terhadap beliau.
  • Dr. Zahid gagal mengupas tajuk ini dengan bernas dan petah. Beliau nyata teragak-agak dan khayal dalam kelancaran Dr. Mohd Puad. Ini jelas apabila ditanya oleh salah seorang ahli penal mengenai bagaimana Islam boleh membenteras rasuah, beliau menjawab, “semua agama menganggap rasuah itu haram” dan “kita kena melakukan kaedah face to face untuk mencegah rasuah”. Full Stop.
  • Tercenggang saya akan jawapan beliau. Saya amat mengharapkan seorang yang keluar dari Sekolah Menengah Agama Izuddin Shah, Ipoh dapat memberikan huraian Islam mengenainya, ternyata hampa. Tidak terserlah keintelektualannya.

>>Lanjut lemahnya Zahid>>>


(Moral: Lemahnya juak-juak umnobn ni. Patutpun setiap kali dicabar berdebat akan ada tolakan dan aktiviti sorok menyorok)

0 comments:

Post Haru Biru

Arkib Blog