Khamis, Ogos 13, 2009

Pencaturan Umnobn Memperbodohkan Rakyat Marhaen


Barisan Nasional (BN) yang dikepalai Umno telah merosak dan menghancurkan sistem kenegaraan Malaysia yang telah menyebabkan masyarakat dicorak menjadi kebingungan. Institusi penting Negara seperti Mahkamah, Parlimen dan Pentadbiran Negara telah digodam dengan kerakusan dan nafsu politik tidak bertamadun BN. Mahkamah yang merupakan paksi keadilan Negara disalahguna dalam beberapa kes untuk kepentingan politik dan kelangsungan kuasa BN. Kes video Lingam, yang telah didedahkan oleh Pakatan Rakyat sejak dua tahun lepas telah menunjukkan bagaimana hodoh dan rosaknya sistem kehakiman Negara.

Hari ini kuasa politik Umno yang menjadi tonggak kekuatan politik Melayu dicanangkan semakin terhakis. Hakikatnya kuasa politik Melayu terhakis bukan kerana banyak kawasan yang ditandingi Umno, kini sudah dikuasai PAS atau KeADILan. Sebaliknya ia berpunca daripada, kesilapan pemimpin Umno yang hanya mementingkan kuasa politik lebih daripada kepentingan bangsa yang menjadi asas perjuangan selama ini.

Strategi Kotor Umnobn
  • Negeri-negeri di mana ramai penduduk minoriti bukan Melayu, diperbanyakkan kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen, manakala negeri majoriti Melayu tidak ditambah kerusi Dun dan Parlimen.
  • Persempadan semula kawasan pilihan raya yang dikuatkuasakan pada 2003 misalnya, memecahkan banyak kawasan majoriti Melayu dengan memasukkan jumlah pengundi bukan Melayu yang agak besar, untuk mengalahkan PAS dan KeADILan.

Gejala rasuah yang membarah dalam pentadbiran BN telah menjadikan berbillion wang Negara dirompak dengan menyelindungkannya atas nama komisyen, duit kopi dan politik wang. Tambah kritikal dengan konsep perkongsian BN yang penuh dengan prasangka dan prejudis perkauman antara satu sama parti komponen dan telah dilaungkan setiap kali ada masalah besar yang gagal diselesaikan oleh BN.

Kesilapan ini amat besar sebenarnya. Percaturan Umno bahawa bukan Melayu akan kekal menyokong mereka, memakan diri. Apabila pengundi bukan Melayu beralih arah kepada Pakatan Rakyat, Umno semakin gusar. Umno mendakwa kuasa politik Melayu sudah semakin terhakis. Begitu liciknya mereka bermain dengan sentimen Melayu.

(Moral: Seharusnya Muhyiddin mencermin diri sendiri terlebih dahulu, apakah perjuangan Umno benar-benar tulen untuk membela nasib bangsa? Jika Umno pejuang tulen, mengapa Dasar Ekonomi Baru (DEB) gagal? Muhyiddin harus juga memikirkan, apakah beliau semasa menjadi Menteri Besar Johor tidak lama dahulu, beliau tidak terbabit dalam mengadaikan tanah dan kepentingan Melayu kepada bukan Melayu, khususnya rakyat asing dari negara jiran?Dalam isu PPSMI misalnya, yang diakui sendiri beliau di Perth baru-baru ini dengan mengatakan 3 juta pelajar Melayu menjadi korban dasar PPSMI)

0 comments:

Post Haru Biru

Arkib Blog