Jumaat, Oktober 02, 2009

Tanpa Sedar Umnobn Mengugut Setiap Pengundi Pos


Pertandingan Isa Samad dengan Zulkifli adalah ibarat pertembungan ‘masa lampau dengan masa depan’ (Macam suratkhabar lama VS suratkhabar internet) apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwanya terdesak memilih Isa. Che Det tidak dapat tidur manakala Ku Li akan lebih sakit hati apabila nama Isa Samad diumumkan untuk bertanding oleh Timbalan Presiden umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Tan Sri Isa Samad berkata isu kesalahan RASUAH yang dikenakan oleh Lembaga Disiplin UMNO keatasnya semasa bertanding jawatan Naib Presiden umno tahun 2004 tidak harus timbul lagi kerana beliau sudah ‘membayarnya melalui hukuman selama tiga tahun’. Mengapa SPRM tidak mengejar Isa Samad kerana terlibat dengan jenayah Rasuah.

Para pengundi harus bangkit menolak UMNO dan Barisan Nasional pada pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang bagi memberi laluan kepada Zulkefly Mohd Omar yang juga Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan adalah seorang yang amanah kerana pernah bekerja dengan Pusat Zakat Selangor dan mempunyai rekod bersih dalam mengendalikan kewangan.

Undi Pos tidak telus dan ada unsur ugutan kerana kerahsiaan dalam undi pos dalam kaedah sekarang, boleh diketahui siapa yang membuang undi berkenaan. Pengundi Pos diberi dua kertas (dalam proses undi pos) satu kertas undi, satu kertas saksi, yang mengesahkan dia mengundi, kemudian kertas ini dimasukkan kedalam dua sampul berlainan dan dimasukkan kedalam (sebuah) sampul besar. Terdapat juga tentera dan polis yang tidak mengundi tapi kertas mereka diundi, ini dakwaan yang masyhur dalam undi pos. Walaupun sudah berhenti dari tentera selama 6 tahun dan sudah memiliki MyKad, tetapi masih ada nama dalam senarai undi pos.

Manakala pengalaman semua anggota tentera yang di paksa mengundi umnobn, jika tidak anggota itu akan di tukarkan ke tempat yang sukar untuk bertugas, di marahi, di tahan berkursus untuk kenaikan pangkat dan di kenakan hukuman yang menyusahkan anggota. Ada juga pengundi Pos tentera ini menerima kertas undi yang telah berpangkah atas arahan pihak atasan walaupun pengundi itu sendiri tidak tahu siapa yang memangkahnya. Tentera kebiasaannya tak boleh banyak cakap, ikut saja kata ketua. Undi Pos menguntungkan umnobn dari dahulu, sekarang dan selama-lamanya kerana jumlah undi yang banyak ini akan memehak kepada umnobn sebagai tali hayat. Undi Pos ini adalah undi haram bagi mengekalkan kemenangan yang haram. Apakah ini dipanggil kemenangan Haramjadah?

(Moral: Sudah tentu kumpulan pengundi paling strategik yang dilihat mampu mengekal atau mengubah pola pengundian di DUN ini adalah angkatan tentera dan keluarga mereka yang merupakan pengundi pos berdaftar dengan kekuatan lebih kurang 5,000 orang. Walaupun yang bertanding di pihak lawan Umno adalah Zulkefly dan PAS, namun yang menjadi mangsa serangan adalah Anwar dan PKR. Oleh itu dengan tingginya kredibiliti calon PAS merupakan kepercayaan yang dijunjung setinggi-tingginya dan ditunaikan dengan penuh amanah. Perubahan yang besar dalam politik Negara mesti dibuat secepat yang mungkin bagi menyelamatkan generasi yang akan datang. PAS for ALL...)

1 comments:

Unknown berkata...

ass...wr.wb/salam sejahtera
ehm...kayaknya bicara soal politik dhana ga begitu paham he...he..good posting...

Post Haru Biru

Arkib Blog