Khamis, November 12, 2009

Pengarah JAIS Lupa Peraturan, Nak Dakwa Juga


Sebelum ini, Pengarah JAIS, Dato' Mohammed Khusrin Munawi berkata, Dr Asri akan didakwa bila-bila masa selepas jabatan itu selesai menjalankan siasatan berhubung kesalahan mengajar agama tanpa tauliah. (Bunyi macam juak Khir Toyo) Manakala beliau dijangka didakwa di Mahkamah Syariah Gombak Timur Jumaat ini kerana memberi ceramah tanpa tauliah, kata Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hari ini.

Langkah terbaru Jais itu dijangka mencetuskan bantahan pelbagai pihak yang sebelum ini mengecam penangkapan bekas mufti Perlis itu ketika memberi ceramah di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Gombak pada 1 November lalu.

Dibawah klausa 'PENGECUALIAN', Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003, Peraturan-peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008, mengecualikan orang yang berikut dari kehendak mendapatkan tauliah:

  1. Alim Ulama atau tokoh agama tempatan tertentu atau Alim Ulama atau tokoh agama luar negeri yang dijemput secara rasmi atau atas jemputan khas Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Jabatan atau sebagainya;
  2. Mufti-mufti Negeri dan ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri-negeri;
  3. Hakim-hakim Mahkamah Syariah dan Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri-negeri;
  4. Menteri atau ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab dengan Hal Ehwal Islam atau Ketua Jabatan Agama Islam Negeri atau ahli Majlis Agama Islam Negeri;
  5. Pegawai Hal Ehwal Islam atau pegawai Agama Islam Persekutuan dan Negeri, Pensyarah-pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti-universiti tempatan atau Institusi Pengajian Tinggi Tempatan, Guru Agama Kementerian Pendidikan atau Guru Agama Jabatan Agama Islam Negeri.

Adakah JAIs Pilih Bulu Sebelum Ini

Manakala Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau bersedia mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIs) untuk menerima tauliah menyampaikan kuliah dengan syarat ia perlu ADIL.

"Adil dalam memohon tauliah yang diberikan. Kalau saya dikecualikan, akan ada orang yang seperti saya juga dikecualikan. Saya minta dilayan adil. Ada orang boleh dikecualikan oleh JAIS iaitu mufti, ahli fatwa negeri, ahli Majlis Agama Islam Negeri, pensyarah universiti Pengajian Islam. Sepatutnya saya masuk dalam orang yang perlu dikecualikan dan tak perlu dibawa kepada undang-undang. Saya tak kata saya mesti diberikan keistimewaan, tetapi berhak dapat keistimewaan di bawah enakmen yang dipinda pada tahun 2008. Saya nak tanya di Selangor berapa ramai ada, cikgu yang bertauliah mengajar agama."
-Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Bekas Mufti Perlis

(Moral: Pendakwah ini sebenarnya layak diberi pengecualian supaya Islam tersebar dengan lebih menyeluruh. Kadang-kala perlu mempunyai fikiran yang tajam dan mendalam bila mendekati ilmunya. Jangan mendengar separuh-separuh nanti maksudnya tidak akan meresapi pemikiran logik. Orang yang berilmu terlalu banyak berkias)

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Mereka yang diberi kuasa dalam melaksanakan hukum Islam boleh dengan sewenang-wenangnya menangkap sesiapa sahaja. Gila kuasa betul. Melampaui kuasa polis dan SPRM.

yobleh berkata...

kalau ada pertuduhan dan perbicaraan, kita boleh lihat samada hakim mahkamah syariah selagor ini adil dan telus!

Post Haru Biru

Arkib Blog