Selasa, Disember 01, 2009

Bala Pertama Grombolan Umno Menolak Doa Untuk Kebaikkan

Jemaah Prihatin Rakyat Kelantan (JPRK) telah menganjurkan satu perhimpunan mega bagi membantah 'doa membuka pintu hati' Datuk Nik Aziz Nik Mat (TGNA) di depan pejabat Menteri Besar di Kota Darul Naim. Namun hasrat mereka tidak kesampaian apabila tidak sampai 200 orang yang menyahut dan berhimpun di pinggir jalan berkenaan. Mungkin mereka ini telah tertutup pintu hati kerana sanggup memprotes doa TGNA.

(Moral: Aku juga berdoa kepadanya untuk mendapat kesejahteraan dalam menempuh laluan sukar kehidupan supaya tidak terjebak dengan golongan yang mungkar. Jika sahabatku berkelakuan keji dan merosakkan laluan kebenaran, aku sanggup berdoa supaya terbuka pintu hatinya kembali kejalan yang benar. Mudah-mudahan Allah memberi petunjuk dan iman dihatinya. Itu yang aku mahu.)

Imbasan kembali; Adakah grombolan sedar suatu ketika dahulu Umno pernah diharamkan? Adakah Che det terlupa perbalahannya dengan Musa hitam yang hampir memporak perandakan umno?. Melayu dah lupa kah bagaimana Che det hampir tewas dengan Ku Li merebut jawatan Presiden Umno suatu ketika dahulu?.

Sebab apa jadi lagutu. Sebab doa TGNA memohon supaya yang bertanggungjawab dalam peristiwa Memali dibalas oleh Allah swt. Itulah perpecahan grombolan setelah mereka mencetuskan peristiwa berdarah Memali 20 tahun dahulu.

Namun sehingga kini grombolan tetap menjulang 1 Perpecahan. Sebab apa? Sebab orang bawah yang nak naik tak guna akai intelek. Mereka hanya guna akai menipu.

  • 6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa. ~sedutan blog che det. Lanjut Klik>>>

0 comments:

Post Haru Biru

Arkib Blog