Rabu, Januari 06, 2010

Jan Dah Jumpa: Ini Kambing Tiada Bau


Biasanya ramai yang tak nak makan daging kambing ni kerana baunya. Bagi yang dah merasainya tanpa bau, pasti akan mengidamkannya lagi. Khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

1. Si penyembelih kambing tu mesti mandi dulu dan pakai wangi-wangi sikit dan yang paling PENTING tahu cara-cara dan syarat-syarat sembelih binatang yang di gariskan oleh syarak. (Jangan sesekali sembelih binatang masa dia tengah meronta-ronta, bagi dia tenang dan diam sekita masa tulah baru kita mula tekan pisau ke leher dan terus ke halkum dia)

2. Kambing yang dah di lapah kulitnya tu, hendaklah di gantung kaki belakangnya keatas dan bahagian kepalanya kebawah. (Tapi bahagian dalamanya; seperti perut hati, dan sebaginya tu mesti di buang terlebih dahulu). Potong kepala kambing tu sampai putus (bercerai dari badannya) dan tunggulah sehingga cecair jernih berhenti menitik dari badan kambing tadi (orang kata air tulang belakang). Setelah air dari badan kambing tadi dah habis menitik. Sapu garam kunyit pada badan kambing tadi dan nyalakan api pada daun kelapa kering dan bakar bahagian luaran badan kambing tadi, sehingga bulu-bulu kambing yang melekat pada dagingnya habis terbakar dan barulah kambing tadi di turunkan dan di potong dagingnya untuk di masak. Insyaallah bau kambing akan hilang.... Selamat mencuba Biryani Kambing.

1 comments:

Pena Crystal berkata...

saya akan cuba masak kmbing Esok!..Hahaha..*tetibe laks*

Post Haru Biru

Arkib Blog