Jumaat, Januari 29, 2010

Jika Azmin Orang Biasa Seperti Aduka Taruna

Ini kata Menteri pencium keris (Keris sendiri pun tak tercium..kah..kah..kah)
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengeluarkan kenyataan "anih" selaku Menteri Dalam Negeri apabila mengumumkan polis tidak akan mengambil keterangan daripada Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berhubung dakwaannya beberapa ahli Pemuda Umno terbabit dalam kes serangan gereja di Desa Melawati awal bulan ini.

Ini pengakuan Azmin
Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata beliau sedang berusaha mendapatkan nombor kad pengenalan dan nombor keahlian anggota Umno yang didakwa terbabit.

"Saya juga akan mendedahkan mereka-mereka yang didakwa didalam kes serangan gereja di Taman Melawati merupakan pemuda umno bahagian Gombak. Saya minta presiden umno mengambil tanggungjawab sepenuhnya dalam perkara ini. Saya ingin mendapat penjelasan umno tentang maklumat yang saya perolehi ini." Klik untuk lihat video.
-Azmin Ali, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Jika Azmin bukan seorang ahli politik dan telah membuat kenyataan bahawa ada ahli umnobn terlibat dalam kejadian membakar gereja tempoh hari. Memang sudah lama beliau diheret oleh SB naungan Musa Hasan dan dikerjakan sampai lunyai diugut supaya kenyataannya itu ditarik balik. Kalau Azmin ada bukti nescaya bukti tersebut akan dilupuskan. Jika Azmin 'standard lavel' rakyat marhaen, dah lama puak-puak tegar umno akan buat laporan polis kerana kenyataan beraninya itu. Hairan kenyataan Azmin telah mengecutkan teloq Menteri pencium keris itu dan keseluruhan menteri dan presiden umno. Betul kata Saifuddin Nasution bahawa Hishamuddin adalah seorang yang pengecut aka bacul dan tidak pintar. Klik untuk lihat video.

3 comments:

Zack berkata...

Mana boleh panggil azmin. nanti segala rahsia terbongkar. Dulu mahyuddin pernah kata pada ku li berfikir dahulu sebelum menyertai kaukus royalti minyak dikelantan. sekarang sudah bocor. kelantan akan kaya.

Solehah berkata...

huhu..mai tumpang gelak ja boleh gak kan?

Unknown berkata...

zack, lu tengoklah rais yatim sudah curiga dan terkejut beruk.

solehah, gelaklah tapi jangan sampai pecah perut udah ler.. he..he

Post Haru Biru

Arkib Blog