Rabu, Mac 31, 2010

Siapa Yang Terkena. Template Yang Sama Olahannya Berbeza


Siapa yang terkena dan siapa yang untung disini. Apco worldwide tidak perlu berfikir buat kali kedua untuk menjayakan promosi 1 Malaysia ke arena antarabangsa. Sebabnya mereka sudah ada 'template' 1 Israel dan cuma perlu tukar pengertiannya supaya bersesuaian dengan budaya rakyat Malaysia. Mudah kan. Tak payah pening dan mengeluarkan modal yang banyak untuk buat 'research'. Yang pastinya Syarikat ini tetap dibayar oleh kerajaan Malaysia dengan nilai RM puluhan juta. Umum sudah tahu bahawa syarikat itu dikatakan sebagai pro zionis Israel. Namun grombolan umnobn buat dono aje. Pura-pura tak tahu. Woiit apekejadahnya... Dalam menilik kebijaksanaan pemimpin itu rupanya terpacul kebodohannya mahu bersekongkol sama itu zionis. Criit... pig-giiirahh.

Kat bawah ni artikel bibit-bibit cinta 1 Malaysia dengan 1 Israel. Bacalah.. ha..ha..heh...

................................................................................

Perlaksanaan 1 Malaysia Tidak Jauh Bezanya Dengan 1 Israel

KUALA LUMPUR 31 Mac - Persamaan Satu Israel dan 1 Malaysia tidak boleh dianggap kebetulan kerana kedua-dua konsep tersebut dicetuskan oleh pegawai perisikan tentera Israel yang sama yang bekerja dengan bekas Perdana Menteri negara Zionis itu pada 1999.

Pegawai tentera terbabit yang kini bekerja dengan APCO ketika itu bekerja di bawah Ehuh Barak yang menjadi Ketua Turus Angkatan Tentera Israel, menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kritikan Parti Buruh kepada Ehud Barak ialah kerana terlalu ramai rakan tentera perisikan yang bukan dari parti.

"Platform Satu Israel menjanjikan perkhidmatan yang lebih baik dalam pendidikan dan kemudahan kesihatan baik manakala di Malaysia pula ada klinik 1 Malaysia,

"Tujuan Ehud untuk alih isu 'settlement' atau penempatan, iaitu alih pandangan lain dalam negara manakala 1 Malaysia alih isu pertelingkahan antara kaum dan masalah rasuah dalam negara.

"Mesej Satu Israel ialah 'People first' manakala 1 Malaysia pula 'Rakyat didahulukan', Kemudian 1 Israel menubuhkan Tabung Satu Israel manakala Malaysia menubuhkan Yayasan 1 Malaysia.

"Jadi persamaannya itu terlalu banyak di antara apa yang dibuat Ehud Barak dan Datuk Seri Najib Razak.

"APCO menafikan tetapi pegawai yang bertugas adalah pegawai yang sama yang saya namakan Pegawai Pertahanan Israel," kata Anwar dalam sidang media yang diadakan di lobi Parlimen semalam.

Anwar memnuat sidang media tersebut setelah menjelaskan isu APCO secara terperinci di dalam Dewan Rakyat pagi semalam.

Penjelasan tersebut dibuat selepas Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan menggunakan Peraturan Mesyuarat 37(1) meminta Ketua Pembangkang membuat penjelasan mengenai isu APCO pada sidang Dewan Rabu minggu lalu.

- Document boleh pi dipautan ini.

3 comments:

john Labu berkata...

UMNO/BN ni... kalau tak sama cam Yahudi pon jahatnya tetap macam ISRAEL... tu je....

Apa..?? UMNO nak bankang...???? bangkang laaaa... kalau dah sesuku sesakat... memang sama la tu...

Tanpa Nama berkata...

Nak buat camana yoep. Depa umno pandai tutup lobang yang hampir bocor tu.

ahmadnizamhamid berkata...

mohon sedut logo baru umno tu ye...terima kasih

Post Haru Biru

Arkib Blog