Jumaat, Mac 19, 2010

Zahrain Terkena Lagi. Ku Li Sudah Nafi


Hari ini Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah telah menafikan beliau merupakan salah seorang daripada lapan anggota Dewan Rakyat yang disebut-sebut menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menjayakan rancangan Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih kerajaan pusat pada 16 Sept 2008. Menurut Ku Li kenyataan Zahrain tersebut merupakan satu pembohongan.

“Itu tidak betul, Kalau saya nak masuk mana-mana parti, tak tunggu dia isytiharlah, saya ini orang jantan”. -Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang

(Moral: Itulah padahnya bila menjual nama-nama MP BN untuk melepaskan diri sendiri. Nampaknya kebodohan Zahrain kian teserlah bilamana tuduhan beliau tersebut dinafikan oleh yang empunya badan. Cuba terus terang aje kepada rakyat Bayan Baru bahawa kau keluar PKR kerana wang bagi menyelamatkan syarikat RM2 tuh. Usahlah memburukkan imej MP yang lain dengan kebodohan sendiri.)

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Ayatul munafikin salasath. Iza hadatha kazaba, waiza 'aada akhlafa, waiza tukmina khona. Terjemah ke bahasa Melayu. Tanda-tanda orang munafik itu tiga. Bila bercakap ia bohong, bila berjanji ia tidak tepati bila diamanah dia khianati.Untuk renungan orang Islam, kalau Melayu yang tidak Islam tu tak payah bacalah.

Post Haru Biru

Arkib Blog