Memaparkan catatan dengan label Zahrain. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Zahrain. Papar semua catatan

Rabu, Mac 24, 2010

Zahrain Potong Stim Abdul Ghapur, Lobang Najib Sudah Pecah

Apakah kemarahan Datuk Seri Haji Abdul Ghapur ahli parlimen bagi daerah Kalabakan ini secara tidak sedar telah membongkar "Ada bayaran yang lumayan diberi kepada Zahain Bayan Baru"?

Umpan yang diberi kepada Ahli Parlimen Bayan Baru sangat besar sehingga dia melompat.

Sekarang sudah jadi bebas, kocek pun sudah penuh.

Kalau Zahrain mahu masuk umno. Tolong jangan terima orang seperti ini.

Bekas ketuanya pun dia boleh gigit bermakna ketua umno pun dia boleh gigit juga.

Zahrain Bayan Baru perlu tarik balik dan minta maaf.



..........................................................................................
Petikan Media;
"Apa yang boleh dikatakan di sini, Zahrain nampaknya sudah gemuk apabila sudah menjadi Ahli Bebas.Saya nak beritahu Zahrain, jangan dengar cerita orang buat masyarakat di tempat saya keliru dan saya mahu tanya kenapa sudah dua kali 16 September, baru kali ini buat keputusan. Tarikh tersebut sudah menjadi sejarah kenapa sekarang baru dipersoalkan," kata Ghafur kepada media.
..........................................................................................

Layanlah sampai habis. Ha..ha..ha.. Kerana wang dan kuasa seseorang itu sanggup berbohong dan menjual nama orang tertentu. Yang jadi mangsa adalah rakyat. Pangkah orang ini untuk mendapatkan kesejahteraan kawasan mereka, namun Ahli Parlimen tersebut buat taik. Kalaulah Zahrain diikat disebatang pokok, mahukah anda meludah mukanya beramai-ramai?. Nasib baik PKR cepat menendangnya. Kalau tidak status busuk akan merebak dan mendatangkan penyakit berbahaya.. ha..ha..heh.

Jumaat, Mac 19, 2010

Zahrain Terkena Lagi. Ku Li Sudah Nafi


Hari ini Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah telah menafikan beliau merupakan salah seorang daripada lapan anggota Dewan Rakyat yang disebut-sebut menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menjayakan rancangan Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih kerajaan pusat pada 16 Sept 2008. Menurut Ku Li kenyataan Zahrain tersebut merupakan satu pembohongan.

“Itu tidak betul, Kalau saya nak masuk mana-mana parti, tak tunggu dia isytiharlah, saya ini orang jantan”. -Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang

(Moral: Itulah padahnya bila menjual nama-nama MP BN untuk melepaskan diri sendiri. Nampaknya kebodohan Zahrain kian teserlah bilamana tuduhan beliau tersebut dinafikan oleh yang empunya badan. Cuba terus terang aje kepada rakyat Bayan Baru bahawa kau keluar PKR kerana wang bagi menyelamatkan syarikat RM2 tuh. Usahlah memburukkan imej MP yang lain dengan kebodohan sendiri.)

Post Haru Biru

Arkib Blog