Khamis, April 08, 2010

Yahoo UMNO APCO: Anwar Ibrahim Berbohong

Catatan Sental: Statement kat bawah ni dikeluarkan oleh Utusan Malaysia. Memang KOOL penulisnya menepis tuduhan Anwar Ibrahim.

................................................................................
Bolehkah rakyat Malaysia percaya apa yang didakwa oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila mengaitkan penglibatan syarikat Israel dalam pengendalian projek berkaitan keselamatan dan komunikasi serta teknologi maklumat di Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman?

Beberapa hari lalu, rakyat seluruh negara sudah mendengar dan membaca pendedahan rakan-rakan karib Anwar dalam Parti Keadilan Rakyat yang mendedahkan pembohongan Anwar tentang misi 16 September 2008 serta propaganda memburuk-burukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Kelmarin di Dewan Rakyat, Anwar bercakap soal ejen Israel sudah masuk dalam Jabatan Polis. Boleh percayakah kita dengan dakwaan dan cerita Anwar yang cukup licik memutar-belitkan fakta?

Biarpun pelbagai taktik dan dakwaan dibuat oleh Anwar, sebagai kerajaan yang tidak mahu rakyat membuat andaian yang salah, banyak tuduhannya dibuat siasatan rapi dan banyak juga masa terbuang untuk melayan tuduhannya. Boleh baca seterusnya disini klik.
................................................................................

Paling menghairankan mengapa melayu umno yang begitu lantang menentang kezaliman zionis keatas islam palestin telah membiarkan bendera Israel itu berkibar di PWTC. Kalau tidak ada urusan dengan Israel mengapa bendera itu molek berkibar.


Pendedahan Anwar tersebut mungkin kerana beliau peka keatas keselamatan negara yang akan di godam oleh perisik Israel ini dalam sistem keselamatan PDRM. Musa Hasan boleh menafikan wujud agen-agen zionis ini dalam penambahbaikan sistem server keselamatan PDRM seluruh negara sebab telah di Awardkan kepada company Master Plan Consulting sdn. bhd.

Jika dilihat percaturan yang berada di belakang company Master Plan Consulting ini adalah Asiasoft (M) sdn. bhd. Itu adalah agen mereka di Malaysia. Bapak Company ini telah lama bertapak di singapura atas nama Asiasoft (S) PTE LTD. Lihatlah siapa tulang belakang Asiasoft ini. Boleh klik untuk gambarajah. Adakah Izhak David Nakar yang menjadi direktor itu berbin-kan Hasan.

Dalam menilai kebijaksanaan risikan anggota polis, namun mereka gagal untuk merisik syarikat melibatkan agen Israel yang akan membina arkitekture networking sistem server PDRM seluruh negara. Sebagai pencipta arkitekture networking, hanya dia sahaja yang tahu kelebihan dan kelemahan sistem ini. Siapa tahu setiap data keselamatan negara yang ada di server PDRM nanti dengan senangnya beliau hijack sambil minum kopi di Singapura.

Melayu umno pernah membuat statement menyuruh melayu islam malaysia memboikot produk yang menyokong ekonomi israel sebagai bantahan kekejaman mereka. Hairan lagi dalam masa yang sama melayu umno yang bijak telah berurusan untuk mendapatkan kepakaran dan kemahiran dari orang Yahudi yang berselindung dalam firma Apco Worldwide.

Lagi rasa nak termuntah bila melayu umno Nazri Aziz telah mengaku kerajaan Malaysia membayar firma perunding Apco Worldwide mengikut kontrak yang telah ditandatangani. Malahan Suruhanjaya Syarikat Malaysia sudah pun meluluskan Apco Worldwide Sdn. Bhd. bertapak di Malaysia.

Perlu ingat firma ini menguruskan pemikiran strategik dalam mengembangkan sesuatu idea, samada dari kerajaan mahupun syarikat-syarikat korporat yang lain. Bila sudah bertapak di Malaysia bermakna mereka ini yang pro zionis mampu merancang dengan lebih teliti bagi mengubah pemikiran melayu islam Malaysia. Adakah anda terlupa agenda Yahudi itu yang mahu menguasai Dunia.

Should I do this? Answer me… please...

4 comments:

zack berkata...

Itu lah umno. bila sudah didedahkan mulalah melalak. Najib perlu cakap kepada rakyat kerana melanggan khidmat apco. apa sebab? Rakyat tak mahu dengar dari mulut Nazri Aziz atau Khairy jamaludin.

Finaz berkata...

Assalammualaikum,
bro, aku copy gambar ko utk n3 aku http://thefinaz.blogspot.com/2010/04/terima-kasih-pengundi-barisan-nasional.html

Halal ye.. hehe..TQ

budak kampung online berkata...

Tiada copyright dalam blog ini. ambil ajelah. terima kasih.

john Labu berkata...

Jom mulakan KEMPEN

"SATU UNDI BN = SATU PELURU ISRAEL"

Post Haru Biru

Arkib Blog