Rabu, Mei 19, 2010

Najib: BN Perlu Kreovatif


Menyental Catatan: Najib kata setiap menteri UmnoApco perlu kreovatif iaitu mempunyai kepala otak yang kreatif dan inovatif dalam melakukan pembaharuan pada jentera kempen bagi menghadapi pilihan raya akan datang. Boleh baca disini.

Najib telah menggunakan duit rakyat sebanyak RM77 juta dibayar kepada syarikat Yahudi Zionis Apco worldwide untuk membina imej dirinya bagi membeli keyakinan rakyat kepada pimpinannya. Itu salah satu kreativiti Najib yang punyai kuasa terhadap duit rakyat.

Bagaimana pula menteri-menteri UmnoApco yang dah tua dan tak mampu lagi menjana otak kearah kreovatif itu. Apakah mereka juga akan menggunakan duit rakyat sebanyak itu untuk dilihat lebih kreovatif.

Walaupun 1 Malaysia yang berharga RM77 juta itu menggunakan pemikir kreatif Yahudi Zionis, namun ianya tidak mampu menyakinkan masyarakat pelbagai bangsa terutama Cina di Sarawak menyebabkan UmnoApco tewas di Sibu.

Masyarakat antarabangsa boleh kata Najib adalah pemimpin yang bagus kerana presiden Amerika Obama memanggil beliau untuk berjumpa. Tapi Najib tewas membawa agenda 1 Malaysia di dalam negara sendiri yang diperintahnya. Kini rakyat melihat agenda 1 Malaysia Najib hanyalah seperti buah epal yang cantik diluar tetapi busuk didalamnya. Kalau Bik Mama tak boleh nak bandingkan dengan buah epal.. ha.ha.. agaknya buah ape lah yee...

Jika dilihat pada beberapa pilihanraya kecil yang sudah berlalu, UmnoApco bukannya tidak kreovatif malah melebihinya sehingga menjadi Kera-over-acting menabur rasuah politik berbillion untuk menagih simpati rakyat. Namun semua taburan berbillion itu hanyalah kenyataan semata-mata. Lepas tu rakyat juga bakal berputih mata. Nyesal den pangkah dacing senget.

0 comments:

Post Haru Biru

Arkib Blog