Rabu, Mei 19, 2010

Wujud Rasuah Dengan Niat: Pakatan Rayat Buat Laporan Ke SPRM Terhadap Najib


Pakatan Rakyat (PR) Pahang telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Badan Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membuat penyiasatan terhadap perlakuan rasuah berbentuk ugutan yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak semasa pilihan raya kecil Parlimen Sibu, Sarawak. Laporan dibuat berhubung satu kenyataan Najib dalam kempen pilihanraya kecil Sibu yang didakwa melakukan ugutan rasuah dalam isu membabitkan kononnya untuk kelulusan membina mitigasi banjir bernilai RM5 juta sekiranya calon BN diberikan kemenangan oleh pengundi.

Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengetuai pimpinan PR tiba ke Pejabat SPRM Cawangan Temerloh petang tadi bersama Timbalan Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah-Ngah dan Pengerusi Cabang PKR Temerloh, Ahmad Nizam Abdul Hamid. Turut mengiringi Setiausaha DAP Pahang, Choong Siew Onn, Adun Kuala Semantan, Syed Hamid Syed Mohamad, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Dr Hamzah Jaafar dan 50 penyokong PR. Tuan Ibrahim dalam laporannya mahu SPRM menyiasat secara telus tanpa rasa takut kepada kedudukan Najib walau pun beliau berjawatan Perdana Menteri bagi memastikan ketelusan demokrasi dipelihara dan menyelamat dana awam dari di selewengkan pemimpin Umno BN.

This is our deal tonight. If Robert Low win, Najib will prepare cek on monday. Pautan video disini klik.

0 comments:

Post Haru Biru

Arkib Blog