(Gambar - kiri, Zarina, selepas dijatuhkan hukuman, manakala gambar kanan adalah keratan akhbar dua tahun lalu)
KUALA TERENGGANU - Seorang bekas siswi Universiti Tekonologi Mara Cawangan Cendering dekat sini, dijatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu hari ini selepas mengaku bersalah membuang mayat bayi lelaki yang dilahirkannya, dua tahun lalu.
Zarina Sulaiman, 22, didakwa melakukan perbuatan itu di Asrama Sutera UiTM Cawangan Chendering, Kubang Ikan, dekat sini, antara pukul 11 malam dan 12 malam 29 Januari 2008.
Beliau kelihatan menangis ketika hukuman dijatuhkan oleh Majistret Wan Nor Aklima Wan Salleh.
Zarina didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Sebelum hukuman dijatuhkan, Timbalan Pendakwa Raya Masriwani Mahmud @ Mamat memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal memandangkan ia satu kesalahan yang serius walaupun tertuduh berusia 19 tahun ketika kejadian itu.
Katanya, dengan hukuman itu ia diharap dapat memberi pengajaran kepada masyarakat sekeliling agar tidak melakukan perbuatan yang sama.
Bagaimanapun, peguam tertuduh Mohd Hayyatuddin Muhammad merayu agar tertuduh yang berasal dari Kampung Felda Cherul, Kemaman, dijatuhkan hukman ringan memandangkan tertuduh telah menyesal dan ia merupakan kesalahan pertama.
"Semasa kejadian juga dia masih di bawah umur dan merupakan gadis kampung yang menjadi mangsa kerana terlalu percaya terhadap kata-kata manis seorang lelaki," katanya.
Menurutnya, mayat bayi yang ditemui dalam keadaan terbakar separuh badan di kawasan pembuangan sampah di asrama itu oleh seorang tukang sapu juga bukan dibakar oleh tertuduh.
Selain itu Mohd Hayyatuddin berkata, Zarina yang berjaya menamatkan pengajiannya dalam jurusan Diploma Sains Fizik tahun lalu, telah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang sama.
Katanya, hukuman penjara akan memburukkan lagi keaadaan dan ia akan menjejaskan masa depan tertuduh, selain berhadapan dengan cemuhan masyarakat sekeliling.
Majistret kemudian mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu mulai hari ini dan ayah tertuduh telah membayar denda itu. - Sumber Bernama
4 comments:
Hmmm ... Yang menerima hukuman nyer perempuan ... Yang lelaki tak bertanggungjawab tu mana pergi ?? Awat tak jalani hukuman sama ... Hampesss ...
kalau nak sabit lelaki tu kenalah report sebagai mangsa rogol. Adilkah undang-undang sekular ni. Kalau ada orang report kata zarina buang anak dengan niat membunuh dengan sengaja. Apa cerita.
Tak adil lansung ...
Buat dosa berkali-kali. Bodoh punya melayu islam. Zina dah satu dosa. Bunuh anak satu lagi. Abaikan tanggungjawab. melukakan hati ibu dan ayah.
Catat Ulasan