Selasa, Julai 20, 2010

Orang Melayu Hilang Kuasa. Biaq Betul Al-Malikul Sembab


Kalau melayu Umno yang akan hilang kuasa ada logiknya. Almaklumlah tengah sedap dok di kerusi empok, bergaji dan mendapat elaun mewah. Tiba-tiba di PRU-13 mood rakyat pulak pusing pangkah pembangkang. Siapa yang tak takut hilang kuasa oiii. Tork sey kawe nork pangkoh parti Barang Naik.

Tanpa Umno, Melayu juga upaya perintah Kelantan lebih 20 tahun tanpa undur kebelakang

Ahli Parlimen Kota Bharu, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menepis kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang mendakwa kononnya jika Umno tidak berkuasa, ia akan menjejaskan kedudukan orang Melayu di negara ini.

Tegasnya, kerajaan PAS di Kelantan yang memerintah selama 20 tahun telah berjaya membuktikan kedudukan orang Melayu dari segi ekonomi dan sosial berada dalam keadaan yang memberangsangkan tanpa perlu bergantung kepada Umno.

"Tidak semestinya kuasa Melayu hilang. Ini kerana kita telah buktikan di Kelantan apabila orang Melayu tidak terjejas sejak 20 tahun PAS mentadbir, begitu juga dengan Kedah dan Terengganu sebelum ini," tegasnya kepada Harakah.

Tambahnya, keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 membuktikan apabila negeri Selangor yang kaya dengan sumber pendapatan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, orang Melayu tetap menikmati keadaan yang sewajarnya serta tidak menjejaskan apa-apa.

"Orang Melayu tetap menjadi tonggak utama malah ekonomi Melayu terutama di Kelantan juga berada di hadapan. Malah, apabila kita mengambil alih Pulau Pinang pun keadaan orang Melayu lebih baik daripada sebelumnya, ketika Umno-BN berkuasa," dakwanya.

Beliau menyifatkan kenyataan Muhyiddin itu sebagai terlalu simplistik kerana sukar untuk membayangkan mereka bakal kehilangan kuasa yang telah digenggam selama 50 tahun.

Wan Rahim berkata kenyataan yang dibuat pemimpin nombor dua Umno-BN itu bermotif politik, sengaja mencetuskan rasa kebimbangan dan ketakutan rakyat terhadap perubahan yang mungkin berlaku selepas Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang ke atas negara ini.

0 comments:

Post Haru Biru

Arkib Blog