Isnin, Julai 19, 2010
PAS desak KDN jamin saksi enjin jet selamat
Harakah: PAS mahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan keselamatan kepada anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Sarjan N Tharmendran yang juga saksi penting kes kehilangan dua enjin pesawat F5 milik TUDM Januari lalu.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pada sidang media hari ini, juga menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat secara terperinci kes berprofil tinggi tersebut.
"Oleh kerana kes ini berlaku semasa Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Pertahanan, maka saya berpandangan ianya tidak boleh diselesaikan dengan proses mahkamah biasa dan Suruhanjaya Diraja perlu ditubuhkan," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.
Hadir sama pada sidang media di Pejabat Agung PAS pagi tadi, seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Tharmendran, 42, yang dituduh bersubahat mencuri enjin tersebut sebelum ini tampil mendedahkan beliau didera sepanjang ditahan bermula 2 Julai 2009.
Tharmendran memberitahu, seorang ketua pegawai penyiasat berpangkat mejar telah diarahkan untuk menyelesaikan kes itu dan dibenarkan menggunakan apa cara sekalipun bagi memaksa dia mengaku bersalah.
Beliau mendakwa didera oleh pegawai berkenaan dan tidak tidur selama tiga minggu di dalam bilik yang kecil dan secara berterusan dipaksa mengaku bersalah.
Dia dipakaikan topi keledar dan kepalanya dipukul menggunakan kayu kriket dan kayu golf sehingga topi keledar yang dipakai mengalami keretakan.
Sehubungan itu, Salahuddin menggesa kabinet segera menubuhkan suruhanjaya diraja dan KDN diminta memberi jaminan keselamatan kepada Tharmendran.
"Bagi saya mustahil kes ini hanya melibatkan seorang pegawai bawahan biasa, ianya perlu dibongkar dan disiasat," ujarnya lagi.
Rakyat Malaysia, katanya tidak mahu lagi melihat Tharmendran menjadi orang yang keseterusnya bertindak ke luar negara bagi mencari perlindungan dan menyelamatkan diri dari ancaman.
Isu kehilangan dua enjin jet tersebut, katanya lagi merupakan isu besar berkait rapat dengan keselamatan negara sehingga mampu menjejaskan imej negara dan melibatkan wibawa dan integriti pemimpin negara pada hari ini.
"Apatah lagi yang menjadi Perdana Menteri Malaysia pada hari ini adalah orang yang sama menjadi Menteri Pertahanan pada waktu itu," katanya.
Tharmendran didakwa bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop, untuk melakukan kecurian dua enjin pesawat F5 jenis J85-21 itu di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi.
Bagi kesalahan itu dia boleh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun dua minggu lalu, Tharmendran dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu perbicaraan.
~pautan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
!@##!%!^%^&!^%&*!...LAMBAT....*&(!)()!_)&())*!^*^!...SLOW...$%@%@^ !...XLEH UPLOAD....*&(!)()!_)&())*!^*^!...PTUIIII...
-
Proton Inspira akan menjadi nama rasmi mengantikan model Proton Waja. Proton Inspira adalah inspirasi dari model Mitsubishi Lancer yang menj...
-
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menegaskan pembinaan projek mega menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat adalah cadangan Permodalan Nasi...
-
Setelah lama menyepi, wajah Bik Mama meletop kembali kek media umnobn penjilat no wahid. Dalam berpuluh gambar yang diambil wartawan media, ...
-
Malaysia Sebagai Hub Pusat Hiburan Malam Menjelang 2014 Edisi menyental catatan: Program Transformasi Ekonomi ETP, Datuk Seri Najib Razak m...
-
from Love Perak Pemberitahuan Usul Di Bawah Peraturan Mesyuarat 18 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat Dengan segala hortmany...
-
Nampaknya UMNO BN telah mendapat pertolongan dari gangster untuk membuat kacau bilau. Arahan dari ABU: Orang seperti ini ADALAH SAMA SEPE...
-
30 tahun pangkah Umnobn kami tak dapat apa-apa. Cuma dapat tengok bini baru Taib Kemut berkalungkan berlian ungu yang di bawa kehulu-kehil...
-
Nota: Habis terbaraiiii.... Bersepaiiii... Takuttlarrrr bila rakyat bagi mandat kepada PR untuk ambil alih kerajaan persekutuan... Habis se...







0 comments:
Catat Ulasan