Selasa, Ogos 03, 2010
Rogol dan Penyelesaiannya
1. Jenayah rogol , rogol dan bunuh serta rogol kanak - kanak mutaakhir ini semakin meningkat dan membimbangkan . Rakyat khasnya para wanita dan kanak - kanak kini tidak selamat menjalani kehidupan seharian . Bila - bila masa maruah dan nyawa mereka akan diragut kejam oleh penjenayah yang bebas bermaharajalela .
2. Faktor pendorong kepada berlakunya jenayah seksual ini terlalu banyak dan tidak ada gunanya kita saling salah menyalahkan antara satu sama lain bahkan semua pihak mestilah mengambil tanggungjawab untuk mendepani musibah atau malapetaka yang menimpa negara ini.
3. Cuma saya sangat terkilan dengan sikap sebahagian dari kalangan masyarakat kita termasuk cerdik pandai dan pihak berkuasa seperti mahu memejamkan mata terhadap syariat Islam tatkala membincangkan jalan penyelesaian terhadap isu ini .
4. Saya lihat semua orang setuju penjenayah dihukum seberat - beratnya , semua orang setuju supaya jenayah ini dibendung segera dan semua orang setuju bahawa mangsa mesti dibela sewajarnya , tetapi malang 1001 kali malang , hampir tiada yang melihat bahawa penyelesaiannya ada pada Islam agama yang diwahyukan oleh Allah swt .
5. Semua jenayah yang semakin meningkat indeksnya adalah berlaku dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran yang berpaksikan kepada peraturan dan undang - undang ciptaan manusia sejak sekian lama. Ternyata sistem yang ada sekarang biarpun seberat mana hukuman itu dijatuhkan gagal membendung penularan jenayah kejam ini . [ Hukuman mati mandatori keatas pengedar dadah sebagai contoh , bukan sahaja tidak mampu membendung pengedar dadah malah empayarnya semakin berkembang dan dadah semakin mudah untuk diperolehi .]
6. Kenapa tidak memberi peluang kepada Islam ? Islam sebagai agama dan cara hidup yang diwahyukan oleh Allah swt kepada nabi Muhammad saw adalah agama dan syariat yang pernah membuktikan keupayaannya membendung maksiat dan mungkar dalam sejarah pemerintahan dan pentadbirannya .
7. Islam mempunyai pakej lengkap untuk menyelesaikan isu jenayah kejam yang melanda negara hari ini . Bermula dari pendidikan , pencegahan , kawalan dan hukuman serta pembelaan dan pendakwaan. Apa yang perlu sekarang ialah negara mesti memberi peluang kepada Islam untuk membuktikan keupayaan dan keberkesanan perlaksanaannya .
8. Hukuman berkesan tidak hanya dilihat kepada beratnya hukuman tersebut kerana hukuman berat hanya mampu menyakitkan tubuh dan mendera fizikal , sedang apa yang penting dalam usaha membendung jenayah ialah keinsafan , penyesalan dan kesedaran agar jenayah itu tidak berulang dan berkembang . Bertolak dari sini lah Islam menawarkan pakej lengkap dan berkesan [ merangkumi fizikal , mental dan spiritual ] untuk tujuan membendung dan menghapuskan jenayah .
9. Justeru itu , sewaktu membincangkan penyelesaian terhadap isu seperti ini , janganlah ianya dibuat dengan mengambil pandangan atau interview orang ramai secara rambang lantaran isu ini mestilah melibatkan kajian dan penelitian orang - orang yang berilmu . Para alim ulama' yang berkaliber mestilah dilibatkan secara serius dan aktif untuk mengkaji dan menggubal peraturan berasaskan syara' .
10. Janganlah prejudis terhadap Islam dan syariatnya. Mengapa perlu terpengaruh dan terpedaya dengan propaganda barat . Kenapa masih mahu bertahan setelah lebih 50 tahun menyaksikan kegagalan undang - undang ciptaan manusia membendung jenayah ini ? Sementara undang - undang Islam kaya dengan hikmah [kebijaksanaan] dan apa yang lebih penting ialah rahmat [kasih sayang] dan berkat [kebaikan yang melimpah ruah] . Keadilan Islam adil untuk semua dan ia menyinari semua . [termasuk pesalah , mangsa , keluarga , masyarakat dan negara].
[Sumber]
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Anak tun razak kaler hitam, berlainan benar dengan si bibir merah..... Video dibawah, Kek Gelang Patah! 1 bas warga bangladesh turun men...
-
Akibat dah lama duduk malaysia sebab di beri IC percuma oleh umnobn jahanam, bangla neh dah berani tunjuk samseng di Malaysia.
-
Rakyat malaysia sudah marah kerana ramai sangat warga asing turun mengundi... Kerana umnobn, negara tergadai kek warga asing. Nota: Tra...
-
!@##!%!^%^&!^%&*!...LAMBAT....*&(!)()!_)&())*!^*^!...SLOW...$%@%@^ !...XLEH UPLOAD....*&(!)()!_)&())*!^*^!...PTUIIII...
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
Grombolan umnobn dilihat semakin terdesak dan akan cuba membersihkan imejnya yang tercalar. Sedang Hishamuddin Hussein (KDN) dan Musa Hasan ...
-
Kosmo | Putera Jefri Bolkiah (gambar) yang merupakan adik pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah meminta seorang hakim di sini, menghal...
-
Atas apa alasan sekali pun, bersekutu dengan jin adalah dosa syirik yang amat besar sekali kerana mempersekutukan Allah. Semangat / saka / h...
-
Rosmah Mansor berucap di Islamic Fashion Festival Dipetik dari Harakahdaily | Para pemimpin NGO Islam disarankan agar mengkaji tindakan iste...
0 comments:
Catat Ulasan