DUA pengunjung pantai Ixora Permai di Pasir Panjang mengambil ukur lilit bangkai buaya tembaga sepanjang 5.48 meter yang ditemui mati dipercayai ditembak dan terdampar di pantai tersebut, dekat Port Dickson, Negeri Sembilan.
Bernama | PORT DICKSON: Orang ramai menunjukkan seekor buaya seberat 3 tan yang ditemui terapung di perairan Kuala Linggi dekat Jalan Tanjung Agas, Batu 21 di sini, pada 12.45 tengahari tadi.
Seorang mekanik yang hanya mahu dikenali sebagai Azoy, 30 tahun berkata, sekumpulan pelajar kolej terbabit memaklumkan kepadanya mengenai buaya itu dan selepas mengumpul rakan-rakan yang lain, Azoy menggunakan mata kail untuk menarik buaya yang telah mati lebih kurang empat hari itu.
Selepas diperiksa, buaya yang hampir reput berusia di antara 15 hingga 20 tahun dan dipercayai datang dari Sungai Linggi. Buaya tersebut kemudian di bawa oleh kakitangan Zoo Melaka untuk tindakan lanjut selepas dihubungi penduduk kampung.
0 comments:
Catat Ulasan