Khamis, September 30, 2010

Umno Gegar Pulau Pinang Bermodalkan RM900


Menurut thestar hanya 9 orang telah pulangkan RM100 manakala baki lagi 31 orang warga emas hanya berjanji akan pulangkan wang tersebut dengan kadar segera. Baca sini

Yang hairan awat selebihnya hanya pulangkan air liur sahaja. Apakah kumpulan warga emas tersebut telah diperalatkan oleh Azhar dan Umno Pulau Pinang dengan menggunakan modal sendiri bagi menjayakan misi mereka gegar pimpinan Lim Guan Eng.

Kerajaan Pulau Pinang sebelum ini telah menafikan bahawa tiada unsur sumber judi yang melibatkan pemberian sumbangan wang kepada warga emas dan program penghargaan waris warga emas. Namun mengapa kumpulan warga emas ini memulangkan wang pemberian itu. Hairan kan?

Azhar dan Umno Pulau Pinang harus membuat perarakan membawa collection tersebut dan menyerahkan kembali kepada kerajaan negeri jika duit tersebut bukan dari poket sendiri.

Woiit.. umno sudah-sudahlah berlakon memperbodohkan warga emas. Kalau nak buat drama biarlah yang lebih serius. Baca juga Warga Emas Pulangkan RM100 Hanya Sandiwara Umno.

1 comments:

d0tbl0gsp0td0tk0m berkata...

memang la haram judi lumba kuda tu.... tapi kalau judi kat genting tu.... HALAL... so morak of da stroy... p la berjudi kat genting.... huhuhuhuuh

Post Haru Biru

Arkib Blog