Ini yang betul
Duduk Tahaiyat Akhir no9... Dimana ketertiban dan penghayatan anda... Anda bertiga sihat dan tidak cacat. Benda basic pun anda bertiga terlalu badigol untuk membuatnya... Sah jarang-jarang buka sejadah... lagi nak buat sumpah laknat.
Hai tiga latok badigol.. takkan anda nak tunggu Al Quran jatuh keriba... Quran mana... Quran mana... Ada Quran...??? Anda juga tak sopan bila menyambut kitab suci Al Quran menggunakan tangan kiri... Kenapa anda tidak bersedia membawa Al-Quran sendiri dari rumah? Walhal anda sudah buat perancangan sehari sebelum itu bahawa anda mahu bersumpah?. Anda juga telah melengah-lengahkan jemaah yang lain untuk memberi tumpuan bersolat Asar. Anda juga gagal membaca bismillah dengan sempurna. Jelas sekali anda datuk badigol membaca bismillah yang salah,..bismila ni rahman ni rahim, bukan bismillahirrohmanirrohim. Sumpah yang anda lafazkan bukan lahir dari hati yang bersih tetapi hati yang busuk kerana merujuk kepada tulisan diatas kertas. Rujuk Video Mkini
Adakah anda bertiga sedang menerima isyarat awal manusia yang dilaknati oleh Allah S.W.T?
Nota:
Terima kasih imam masjid. Dengan terang anda tidak mahu bersubahat aka menyokong perbuatan Tiga datuk badigol tersebut membuat sumpah.
Sumpah Tidak Ikut Hukum Syarak Umpama Orang Jahil
Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Md Hashim Yahya berkata sumpah yang tidak dilakukan menurut hukum syarak, diumpamakan sebagai kerja-kerja orang jahil.
Beliau diminta mengulas tindakan salah seorang trio datuk T, Shazryl Eskay Abdullah yang melakukan sumpah laknat di sebuah masjid di Sentul kira-kira pukul 4.15 petang tadi.
Ulama terkenal itu berkata, tidak ada peruntukan dalam undang-undang Islam yang membenarkan sumpah seperti yang dilakukan Eskay, berhubung tuduhan seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Dalam hukum qazaf, iaitu peruntukan untuk sabitan kes zina dan liwat, pihak yang menuduh perlu membawa empat orang saksi terlebih dahulu.
Kerajaan Diterajui Umno Menolak Hukum Qazaf
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Rosidi Hussain mempersoalkan keengganan kerajaan untuk melaksanakan hukum qazaf dalam isu yang membabitkan video lucah.
"Apabila kerajaan sering memomokkan kepada dunia bahawa Malaysia adalah negara Islam, kenapa hukuman seperti qazaf yang memerlukan empat orang saksi yang tidak fasik dan adil itu enggan dilaksanakan, sedangkan kerajaan mempunyai ramai ilmuan dan pakar dalam bidang tersebut.
"Sebagai peringatan, jangan kita dilaknat oleh Allah apabila berkemampuan untuk melaksanakan hukum tersebut, tetapi enggan melaksanakannya kerana kepentingan tertentu," tambahnya lagi.
Mengenai tindakan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang memperjudikan sumpah laknat, katanya membuktikan dia adalah seorang yang tidak memahami agama Islam yang sebenar.
Menurut beliau lagi, ianya telah juga menjelaskan secara ketara kehidupan yang penuh kepura-puraan kerana sumpah dijadikan mainan munafik seperti mana yang dijelaskan dalam surah Al-Munafiqun.
"Sepatutnya sebagai seorang yang telah berusia Eskay sepatutnya bertaubat nasuha dan tidak merendahkan maruah sendiri seperti pengakuan yang dibuat.
"Malah sekiranya nasihat seorang imam dari masjid terbabit juga tidak dipedulikan, ini seolah-olah dia orang yang lebih tinggi martabatnya jika dibandingkan dengan imam tersebut," ujarnya lagi.
Nota:
Umno sebuah parti yang gagal membawa mualaf baru untuk menghayati keindahan Islam. Yang mereka hayati hanyalah kuasa, projek untuk kroni, rasuah dan menyerbarkan fitnah.
Isnin, Mei 02, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
!@##!%!^%^&!^%&*!...LAMBAT....*&(!)()!_)&())*!^*^!...SLOW...$%@%@^ !...XLEH UPLOAD....*&(!)()!_)&())*!^*^!...PTUIIII...
-
Proton Inspira akan menjadi nama rasmi mengantikan model Proton Waja. Proton Inspira adalah inspirasi dari model Mitsubishi Lancer yang menj...
-
Nampaknya UMNO BN telah mendapat pertolongan dari gangster untuk membuat kacau bilau. Arahan dari ABU: Orang seperti ini ADALAH SAMA SEPE...
-
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menegaskan pembinaan projek mega menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat adalah cadangan Permodalan Nasi...
-
Setelah lama menyepi, wajah Bik Mama meletop kembali kek media umnobn penjilat no wahid. Dalam berpuluh gambar yang diambil wartawan media, ...
-
Malaysia Sebagai Hub Pusat Hiburan Malam Menjelang 2014 Edisi menyental catatan: Program Transformasi Ekonomi ETP, Datuk Seri Najib Razak m...
-
from Love Perak Pemberitahuan Usul Di Bawah Peraturan Mesyuarat 18 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat Dengan segala hortmany...
-
Negara dijajah warga asing kerana umnobn membuka jalan untuk mereka.
-
Ini contoh kertas saman ekor yang diposkan oleh pihak berkuasa ke rumah anda. Hanya melebihi 11 km/j anda akan di kenakan saman ekor. Amat m...










4 comments:
Husam kalau sah anuwar pembohong PAS akan join BN Alhamdulilah dan buat sujud syukur dan solat hajat kerana ALLAH SWT dah tunjukan kebenaran tapi aiyooo macam biasa sayang nak tinggalkan DAPigs tu haiyaaaa apa macam?
Ya.. apabila DSAI bersama rakyat bersolat hajat menolak fitnah dari umno, kini umno dah terima tempiasnya. Daripada najib, muhyiddin, cua soi lek, mereka bercakap tidak sehaluan lagi. Dan mengapa MCA sebuah parti yang lantang menolak negara islam masih bersama umno. kerana parti umno itu sendiri menolak ajaran islam. Qazaf pun ditolaknya. sebab apa. sebab tidak menyebelahi pemerintah.
Umno dan barisan nasional tidak meletakkan Islam sebagai asas perjuangan mereka, justeru tidak hairanlah pemimpin-pemimpin mereka boleh melakukan apa sahaja mengikut kehendak hati dan selera mereka, langsung tidak mengambil kira sama ada tindakan mereka ini betul atau salah di sisi Islam.
Apabila juak-juak UMNO BN membelakangkan ajaran Islam maka berlakulah tindakan-tindakan yang tidak bermoral seperti fitnah, amalan rasuah, salah guna kuasa serta penyelewengan yang menimbulkan kesan tidak baik kepada rakyat dan negara ini.
Catat Ulasan