Selasa, Mei 10, 2011
Pandi Kutty: Dua Ribu Anak Babi Akan Dapat Kerakyatan Dari KDN
Usaha Kotor Umno-BN Guna Rakyat Asing Untuk Mengundi Dibongkar
Selangorkini | Parti Keadilan Rakyat hari ini mendedahkan usaha terbaru Umno-Barisan Nasional mendapatkan kewarganegaraan Malaysia untuk rakyat asing yang dikenalpasti akan mengundi parti itu pada pilihanraya umum akan datang.
Di Hulu Selangor, Ketua Bahagian Umno Datuk Idris Abu Bakar mengemukakan senarai 2,000 warga asing kepada Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein untuk diberikan sijil kewarganegaraan bagi tujuan berkenaan, kata Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.
Surat bertarikh 23 Mac itu antara lain memaklumkan Hishamuddin bahawa pihaknya telah mengenalpasti 2,000 warga asing sebagai “bakal pengundi” yang boleh memenangkan Barisan Nasional di Hulu Selangor pada PRU 13.
“Mereka adalah dari kalangan pelajar, usahawan tulen dan yang berkerjaya (yang) akan memenangkan BN pada setiap pilihanraya, khususnya pada PRU-13,” tambah surat itu yang diedarkan kepada wartawan.
Zuraida berkata surat itu dibocorkan oleh seorang pegawai kakitangan awam yang tidak tahan dengan penipuan yang berlangsung.
“Saya tidak boleh sebut bagaimana kita boleh dapat surat ini dan surat ini bukan sahaja (sampai) di pejabat KDN, malah ianya telah disampaikan kepada satu syarikat agensi pekerja asing yang mana agensi itu akan menguruskan nama-nama yang disenaraikan untuk mereka ini diberikan kewarganegaraan bagi menjadi pengundi pada PRU 13,” katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lalu mengarahkan Umno Selangor untuk menawan semula Selangor dengan menggunakan apa jua senjata pada PRU-13 yang dijangka diadakan pada tahun ini atau awal tahun depan.
Pemberian kad pengenalan Malaysia kepada warga asing dikatakan berleluasa di Sabah di bawah pemerintahan Tun Mahathir Mohamad sebagai cara berkesan untuk memastikan BN terus berkuasa di negeri itu. Adalah dipercayai hampir 600,000 warga asing menerima kad pengenalan dan hak untuk mengundi menerusi operasi sulit yang membabitkan agensi-agensi persekutuan.
Naib Presiden PAS Mahfuz Omar sebelum ini mendedahkan bahawa Jabatan Pendaftaran Negara dan agensi berkaitan bersekongkol dengan Umno untuk mendaftarkan warga asing “secara senyap’ di Lembah Kelang sekitar negara untuk diberikan kad pengenalan Malaysia.
Mahfuz menjelaskan, berdasarkan maklumat yang disampaikan kepadanya, terdapat beberapa ‘program’ yang diadakan khusus untuk warga asing ini yang kebanyakannnya warga Indonesia dan Kemboja bagi membolehkan mereka memperolehi kad pengenalan.
Zuraida berkata beliau akan membuat laporan polis esok terhadap Idris dan Hishammuddin.
“Kita mahu hantar mesej kepada Najib mengatakan pegawai kerajaan tidak lagi seratus peratus di belakang beliau. Politik ugut tidak lagi relevan. Jadi kita sudah ada penyokong kita ramai di mana sahaja. Apa pun yang dia (Umno-BN) mahu buat tidak akan berjaya kerana kita sudah ada rakyat Malaysia yang matang politik.
Minggu lalu beberapa wakil rakyat Selangor mendedahkan pemindahan ratusan pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain menggunakan alamat palsu semata-mata untuk memperkuatkan sokongan bagi kerusi-kerusi yang dijangka akan ditandingi oleh Umno pada PRU akan datang.
Contohnya SPR memindahkan pengundi dari DUN Teratai ke DUN Chempaka dengan menggunakan alamat bermastautin yang dipalsukan.
Mereka yang dipindahkan adalah ahli dan penyokong Umno dan menyenaraikan dewan orang ramai sebagai alamat bermastautin di kawasan mengundi baru.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
Anak tun razak kaler hitam, berlainan benar dengan si bibir merah..... Video dibawah, Kek Gelang Patah! 1 bas warga bangladesh turun men...
-
Gambar Hiasan Sungkai, Perak: Seorang pelajar perempuan yang masih menuntut dalam tingkatan tiga mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh sekum...
-
Akibat dah lama duduk malaysia sebab di beri IC percuma oleh umnobn jahanam, bangla neh dah berani tunjuk samseng di Malaysia.
-
!@##!%!^%^&!^%&*!...LAMBAT....*&(!)()!_)&())*!^*^!...SLOW...$%@%@^ !...XLEH UPLOAD....*&(!)()!_)&())*!^*^!...PTUIIII...
-
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ak...
-
Gambar-gambar dibawah adalah gambar yang diambil dalam sebuah majlis makan malam anjuran Sony di Marriot Hotel, Putrajaya 16 Disember lalu. ...
-
Budak fak-kap berselindung dibawah nama Jeffrydamien09 bakal menjadi popular sedikit masa lagi. Si bodoh ini mampu berbangga dengan hasil ke...
-
CNY 2012 - Nasi lauk you never taste before ! 贺年短片—你从来没吃过的咖哩饭! Bukan sekadar nasi dan lauk juga bungkusan kasih dan sayang Selamat Tah...
0 comments:
Catat Ulasan