Ahad, Mei 22, 2011
Subsidi Untuk Rakyat Hanya RM4 Billion Berbeza Yang Diberi Kepada IPP Sebanyak RM19 Billion
TVSelangor | Kerajaan Umno-BN tidak harus mempersalahkan rakyat yang membantah pemotongan subsidi barangan keperluan kerana langkah itu amat membebankan mereka, kata Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli.
Beliau berkata selagi kerajaan Umno-BN terus memberi subsidi kepada syarikat kroni dalam jumlah yang jauh mengatasi apa yang diperuntukan untuk rakyat, selagi itu rasa tidak puas hati awam akan berkekalan.
"Rakyat sudah lama menjadi mangsa kerajaan UMNO-BN ini. Subsidi gas yang pemerintah perkenalkan itu telah lama digunakan pakai iaitu sekitar tahun 96-97 tetapi kini dikurangkan. Rakyat terpaksa menanggung beban dan pada masa sama terpaksa melihat wang negara berpuluh billion tiap-tiap tahun masuk ke poket kroni," kata beliau kepada TvSelangor.
Kerajaan Umno-BN hanya memperuntukan subsidi untuk barangan keperluan rakyat sebanyak RM4 Billion manakala subsidi untuk pengeluar tenaga bebas (IPP) adalah RM19 Billion.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein semalam mengesa rakyat bersama kerajaan dalam usaha mengurangkan subsidi untuk mengimbangi defisit negara.
Seperti masa-masa lalu, beliau berjanji kerajaan akan mencari jalan supaya pemotongan subsidi "tidak membebankan rakyat".
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam memberi amaran bahawa harga barangan keperluan akan melonjak naik 30 peratus akhir tahun ini berbanding lima tahun lalu, jika pemotongan subsidi terus berkekalan pada tahap sekarang.
Paras harga barangan keperluan sekarang adalah yang tertinggi sejak tahun 2008.
Harga tepung, gula dan minyak sudah pun mengalami kenaikan yang semakin menghimpit sara hidup rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Rafizi menjelaskan "nasihat-nasihat" UMNO-BN, mahukan rakyat mengamalkan cara hidup berhemah jelas menyerlahkan sifat hipokritnya.
"Kerajaan engesa rakyat mengubah cara hidup dengan hidup berjimat, kurangkan pengambilan gula dan minyak sedangkan kerajaan tidak laksanakan apa-apa langkah untuk mengurangkan perbelanjaan negara meskipun dalam soal membanteras rasuah."
Rafizi berkata kerajaan tidak seharusnya terus menerus menjadikan rakyat sebagai mangsa bahana dari kepincangan pemerintahan korup mereka.
"Pakatan Rakyat berpendirian bahawa kerajaan Malaysia mampu untuk menampung harga minyak tanpa menaikan harga minyak sekiranya kerajaan mengawal ketirisan dan amalan rasuah," kata beliau.
"Amalan rasuah ini yang jelas banyak telan wang rakyat, kalau rasuah ini dapat dibanteras, wang ini boleh digunakan untuk menampung dan mengekalkan harga minyak, malah pada paras yang lebih rendah." tambah beliau.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Hasbi Satar merupakan seorang Setiausaha Politik kepada Nor Mohamed Yakcop telah meletakkan jawatan kerana kantoi memiliki wang RM2 juta. Ba...
-
Ramai yang sudah mengetahui perbualan Saiful Bukhari Azlan dengan blogger pencacai umno yang bernama papagomo di facebook. Kenyataan Saiful...
-
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pendakwaraya kerana masih mencuba untuk membatal atau menangguhkan keputusan hakim Mahkamah Tinggi mengara...
-
Nampaknya Umno di Selangor semakin meroyan untuk merampas kembali negeri itu di bawah pimpinan Pakatan Rakyat dengan menyebar akhbar yang be...
-
Salam semua. Terlewat nak update. Wa nak minta jasa baik Ahli PKR. Sempena PRK P094 Hulu Selangor, ada seorang sahabat wa mahu mencetak post...
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
Alahai takkan jimat duit nak beli baju tutup litup. kah..kah..kah. Wahai ahlil umnobn korang ikut jejak langkah si Bung ni. Lebih senang dap...
-
Najwa Muhyiddin artis yang sedang meniti kegemilangan merupakan seorang siswazah jurusan Kejuruteraan Elektronik dari Melbourne, Australia. ...
-
Menuduh ketua pentadbir sebagai syaitan yang bertopeng manusia dan sanggup pertahan seksyen 23 dengan nyawa tapi adakah penyuara ini berani ...







0 comments:
Catat Ulasan