Khamis, Jun 23, 2011

Baju Bersih Menghantui Kerajaan Umnobn?

Woiit... baju ini tertulis perkataan BERSIH...

Antara baju ini dengan NGO Perkasa... Takuttt larrrr....

Baju ini telah menakutkan grombolan Umnobn... Kah... kah... kah...

Kah... kah... kah... baru keluar baju dah kecut urat perut... Apalah Umnobn nih... low klass... Kah... kah... kah...


Polis arah jangan jual baju Bersih

HarakahDaily | Polis malam tadi mengarahkan seorang aktivis PKR, Razali Abd Ghafur agar tidak menjual baju berwarna kuning bercetak perkataan 'Bersih' kepada orang ramai atau bakal berdepan tindakan.

Amaran tersebut yang didakwa "arahan pihak atasan" diberikan kepada beliau pada majlis ceramah Jelajah Selangor Tawan Malaysia (Jelas 2) di Kampung Sungai Merab Luar, Bangi.

Ceramah tersebut dihadiri Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Ketua AMK Negeri Sembilan, Nazree Yunus.

"Pada mulanya dia datang ke gerai saya, minta ambil gambar. Lepas ambik gambar, saya tanya awak siapa. Dia bagtau dia polis sambil tunjuk IC polis.

"Kemudian dia ambik dua helai baju Bersih, dan suruh saya jangan jual baju itu. Katanya arahan dari atasan," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Menurutnya, beliau kemudiannya dijemput ke Balai Polis Datuk Abu Bakar Baginda dan dirakam kenyataan selama 20 minit.

Arahan tersebut dipercayai ada kaitan dengan rancangan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang mahu mengadakan himpunan aman 9 Julai ini.

2 comments:

bunbinban berkata...

hahaha....bukan takut tapi segan. kang nampak lak byk kuning dr merah. ntah apa2. Islam kan mengalakkan memakai pakaian yg bersih, yg kotor tak boleh lebeh2 lg nak bawak solat. emmmmmm...ye la, kalau dan minda pengotor, asyik cite seks je, mana leh nengok menda bersih, phobia.

Used Car for Sale berkata...

nice post
thanks for sharing

Post Haru Biru

Arkib Blog