Khamis, Mac 08, 2012
NFCorp beli kondo di Kazakhstan RM1.7 juta pula?
KeadilanDaily | Jabatan Siasatan jenayah Komersial dilapor sedang menyiasat pembelian sebuah apartment di Kazakhstan berharga RM1.7 juta untuk dijadikan pejabat oleh National Feedlot Corporation (NFCorp).
Pembelian itu dilakukan pada September 2011, iaitu sebulan sebelum laporan ketua Audit Negara mendedahkan kegagalan projek berkenaan yang membawa siri pendedahan penyelewengan dana pinjaman bagi Pusat Fidlot Negara.
Menurut sumber Malaysian Insider, polis sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai pembelian tersebut yang didaftarkan atas nama NFC Corp.
NFCorp menimbulkan kontroversi ekoran pendedahan Laporan Ketua Audit Negara pada tahun lalu, yang mendapati projek ternakan lembu itu tidak mencapai sasaran yang ditetapkan.
Syarikat itu dikendalikan oleh Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang juga suami kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan tiga anak mereka.
Sejak itu, NFCorp berdepan dengan pelbagai dakwaan penyelewengan melibatkan RM250 juta dana yang diberikan sebagai pinjaman mudah oleh kerajaan, yang tiada kaitan dengan projek ternakan lembu.
Ia termasuk pembelian jutaan ringgit kondominium mewah di Bangsar dan Singapura, dua lot tanah di Putrajaya dan pembelian kereta mewah.
Bulan lepas, polis mencadangkan kepada Peguam Negara untuk mendakwa Mohamad Salleh di atas dakwaan melakukan Jenayah Pecah Amanah.
Namun, Peguam Negara memulangkan kertas siasatan buat kali kedua supaya pihak berkuasa itu melakukan siasatan lanjut.
Semalam, KEADILAN mendedahkan bahawa Mohamad Salleh turut menyalahgunakan dana NFC untuk mendapatkan pembiayaan bagi membeli 8 unit kedai di KL Eco City, Bangsar dengan harga keseluruhan RM 9.69 juta.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
!@##!%!^%^&!^%&*!...LAMBAT....*&(!)()!_)&())*!^*^!...SLOW...$%@%@^ !...XLEH UPLOAD....*&(!)()!_)&())*!^*^!...PTUIIII...
-
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menegaskan pembinaan projek mega menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat adalah cadangan Permodalan Nasi...
-
Negara dijajah warga asing kerana umnobn membuka jalan untuk mereka.
-
Malaysia Sebagai Hub Pusat Hiburan Malam Menjelang 2014 Edisi menyental catatan: Program Transformasi Ekonomi ETP, Datuk Seri Najib Razak m...
-
Ini contoh kertas saman ekor yang diposkan oleh pihak berkuasa ke rumah anda. Hanya melebihi 11 km/j anda akan di kenakan saman ekor. Amat m...
-
Proton Inspira akan menjadi nama rasmi mengantikan model Proton Waja. Proton Inspira adalah inspirasi dari model Mitsubishi Lancer yang menj...
-
Dakwaan saintis kapitalis: Asteroid bersaiz sebuah bas hampir melanggar bumi. Asteroid itu dinamakan 2012 BX34 berukuran pada diameter ena...
-
Bik Mama aka wanita pertama yang berkuasa dalam pemerintahan negara... Rosmah Pangku Tugas Najib, Langgar Hierarki Negara TVS | Tindakan ist...








0 comments:
Catat Ulasan