Nota:
Polis melarang wartawan mengambil gambar...
Kad memori dari video wartawan dirampas polis…
Wartawan degil telah dibelasah dan kamera dirampas…
Polis & Media Penjilat No Wahid Akan Tayangkan Video Bersih 'TANPA EDIT'
MStar | Rakaman video demonstrasi Bersih 3.0 akan disiarkan untuk tontonan umum bagi memberi peluang kepada rakyat membuat penilaian terhadap insiden yang berlaku di ibu negara Sabtu lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata langkah berkenaan bagi mengelak insiden itu dieksploitasi oleh pihak tertentu yang cuba mempengaruhi pendapat awam terutama berhubung kekecohan yang berlaku di perhimpunan tersebut.
"Rakyat menuntut kepada ketelusan, jadi kita akan tunjukkan rakaman bagi membolehkan mereka membuat penilaian terhadap apa yang berlaku pada hari tersebut.
"Penting bagi polis untuk paparkan apa sebenarnya berlaku. Polis tidak akan tutup ada apa-apa termasuk jika ada salah laku yang dilakukan oleh anggota polis sendiri," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Kuala Lumpur, Ahad malam.
Dalam pada itu Najib yang juga Presiden Umno turut melahirkan rasa kesal dengan tindakan liar sebahagian peserta demonstrasi Bersih 3.0 termasuk serangan ke atas anggota polis.
"Mungkin bukan semua tapi kesudahannya adalah satu keadaan yang sedikit sebanyak mencalar imej negara...polis menjadi mangsa, telah dipukul dan sebagainya," katanya. Malah Najib turut memberi jaminan bahawa polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung sebarang tindakan keterlaluan terhadap orang awam termasuk pengamal media yang turut tercedera.
"Saya prihatin untung nasib wartawan yang jalankan tugas. Kena siasat, tak boleh semberono... mesti siasatan adil dan objektif. "Peguam Negara kena buat keputusan berdasarkan fakta dan bukan emosi dari cerita tersebar sebab ia tak betul sama sekali," katanya.
Bagaimanapun ketika ditanya sama ada demonstrasi itu akan menimbulkan keraguan untuk membubarkan Parlimen seterusnya melewatkan Pilihan Raya Umum ke-13, Najib berkata "Saya tak ragu-ragu. Saya tak tahu, kita tengoklah."
Sebelum Video Di Delete Rais Yatim baik korang download. Hehehe...
Video Polis baling batu kepada peserta untuk wujudkan kekecohan
Bila dah kecoh, paham-pahamlah… semua ambil kesempatan...
Perhimpunan yang sepatutnya berjalan lancar dah rosak. Siapa yang kena… Say something to Najib...
Setelah selesai rakyat dibelasah, dibedil dengan gas pemedih mata dan pacutan air berasid...anggota-anggota Pasukan Polis Simpanan (FRU) baring dan tidur diatas jalanraya bagi melepaskan kepenatan mereka. Kerana arahan PIHAK ATASAN, mereka dilayan seperti pencacai pengangkat Naji$…
0 comments:
Catat Ulasan