Hampir 30 samseng Umno membuat kecoh di hadapan ibu pejabat KEADILAN di
Petaling Jaya petang tadi, menyebabkan seorang kakitangan cedera dan
harta benda rosak.
Kakitangan yang cedera, S Balakumaran berkata, lehernya terkena kayu, manakala dadanya dibaling batu dan telur.
“Pada
mulanya, mereka bakar bendera parti. Kemudian, mereka patahkan kayu
bendera dan baling sehingga terkena leher saya dan luka. Mereka juga
baling telur dan batu ke arah dada saya,” katanya ketika dihubungi.
Beliau memaklumkan kekecohan yang bermula kira-kira jam 5 petang itu berlangsung selama sejam.
hqoecahSementara
itu, Setiausaha Kerja Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Syed Badli Shah
Syed Othman menyelar perbuatan samseng berkenaan yang menyebabkan
kerosakan beberapa kemudahan.
“Mereka buat kecoh dan baling
telur, batu dan kayu. Kira-kira 4 kakitangan ibu pejabat terkena telur.
Logo parti di pintu utama pecah dan tiang tempat letak kereta Setiausaha
Agung KEADILAN (Datuk Saifuddin Nasution Ismail) patah,” katanya.
Katanya lagi, turut kelihatan bersama samseng itu adalah Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin dan Yang DiPertua GAPS Shah Alam, Wan Indra Putra Ahmad.
Katanya, mereka mendakwa kononnya datang untuk membantah kenyataan Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berhubung pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu.
KEADILAN membuat laporan di Balai Polis Tropicana, Petaling Jaya berhubung insiden itu.
Video Samseng upahan umno bermain api.
Isnin, Mac 11, 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Hasbi Satar merupakan seorang Setiausaha Politik kepada Nor Mohamed Yakcop telah meletakkan jawatan kerana kantoi memiliki wang RM2 juta. Ba...
-
Ramai yang sudah mengetahui perbualan Saiful Bukhari Azlan dengan blogger pencacai umno yang bernama papagomo di facebook. Kenyataan Saiful...
-
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pendakwaraya kerana masih mencuba untuk membatal atau menangguhkan keputusan hakim Mahkamah Tinggi mengara...
-
Salam semua. Terlewat nak update. Wa nak minta jasa baik Ahli PKR. Sempena PRK P094 Hulu Selangor, ada seorang sahabat wa mahu mencetak post...
-
Alahai takkan jimat duit nak beli baju tutup litup. kah..kah..kah. Wahai ahlil umnobn korang ikut jejak langkah si Bung ni. Lebih senang dap...
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
Nampaknya Umno di Selangor semakin meroyan untuk merampas kembali negeri itu di bawah pimpinan Pakatan Rakyat dengan menyebar akhbar yang be...
-
Menuduh ketua pentadbir sebagai syaitan yang bertopeng manusia dan sanggup pertahan seksyen 23 dengan nyawa tapi adakah penyuara ini berani ...
-
Siapa yang terkena dan siapa yang untung disini. Apco worldwide tidak perlu berfikir buat kali kedua untuk menjayakan promosi 1 Malaysia ke ...







0 comments:
Catat Ulasan