Memaparkan catatan dengan label Dihina. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dihina. Papar semua catatan

Sabtu, April 27, 2013

Fenomena kebangkitan Islam...Tiada Dalam TV Umnobn




Dulu PAS nak buat negara Islam.
BN kata tak sesuai kerana Malaysia rakyatnye majmuk.
sekarang PAS guna pendekatan Negara Berkebajikan.
BN kata PAS dah lupa Negara Islam

Dulu PAS tak buat pakatan dengan parti bukan Islam
BN kata PAS ekstrimis,anti sosial dan tak releven
sekarang PAS berkawan dengan DAP,PKR dan ada DHPP
BN kata PAS dah berubah demi kuasa dan dah sesat..

Dulu PAS hanya didokong oleh tok guru,ulama dan orang kampung
BN kata PAS tak moden, fundamentalis dan parti orang kampung
Sekarang PAS didokong oleh ulama, profesional dan teknokrat Islamis
BN kata dah tinggalkan kempimpinan ulama

Dulu pakatan buat janji nak turunkan harga kereta
BN kata negara dan industri kereta akan bankrap
sekarang BN pula tiru manisfeto nak turunkan harga kereta
Semua pencacai kata itu yang terbaik dari BN..

Dulu DAP bantah hudud
BN kata kita perangai DAP yang anti Islam
Sekarang Chua Sui Lek bantah hudud
BN kata itu hanya kata2 individu

Dulu BN jadi kerajaan Pahang, Johor dan Melaka sampai sekarang masalah air masih tak selesai..sekarang bila berkempen sebut bagi BN menang di Selangor dan Kelantan...Kerajaan akan selesaikan masalah air di kedia-dua negri..

Isnin, Februari 22, 2010

Facebook Papa Gomo Buat Fitnah

Papa gomo adalah bloger pencacai umno yang di didik oleh pemikiran umno-ngok berjaya menyebarkan fitnah keatas MB selangor sebagai penagih alkohol. Dibawah ini sedutan fitnah beliau didalam facebooknya.

Papa Gomo World said:
"GILA..memang GILA...Gomo dapat maklumat yang boleh dikatakan SAHIH Sumbernya. Khalid GAGAP merupakan seorang yang PENAGIH AKOHOL!!! Gila lah, Dari sumber maklumat mengesahkan jika Khalid Tak minum ALKOHOL maka akan Mengigil Gigil Tangan nya. PERGH..DASYAT Khalid GAGAP ni. Tak padan dengan GAGAP!!! Jenama apa TODI yang Khalid Gagap ni Minum?" ~Ruang Bicara Pria Malaysia







Sebagai melayu yang membawa Badge 'Islam Inside' yang tertera perkataan kalimah Allah, papa gomo dianggap menghina islam dengan fitnah yang dijaja kepada rakan-rakan facebooknya. Papa gomo harus memohon maaf kepada MB Selangor diatas tuduhan liar beliau. Jika anda berminat dengan papa gomo boleh melayari blog beliau di http://www.papagomo.com/.

Rabu, Februari 10, 2010

Jeffrydamien09 Sudah DiTahan Polis

JOHOR BAHRU 9 Feb. - Seorang lelaki yang dikatakan menghina Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laman blognya, hari ini menyerah diri kepada pihak polis.

Blogger berusia 44 tahun itu menyerah diri di Balai Polis Permas Jaya di sini selepas dia dikatakan membuat suntingan grafik yang menghina Mursyidul Am Pas itu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memberitahu, suspek diserahkan kepada Polis Kelantan untuk tindakan susulan.

"Kita telah menyerahkan lelaki itu kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan untuk siasatan lanjut.

"Kes ini akan disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, beberapa akhbar melaporkan, Dewan Pemuda Pas Kelantan yang diketuai Naib Ketua Pemudanya, Hisham Fauzi membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu berhubung tindakan blogger tersebut.

Hisham Fauzi berkata, pihaknya memandang serius perkara itu kerana ia jelas mengandungi unsur-unsur provokatif yang boleh menimbulkan ketidakstabilan politik dalam negara ini.

Beliau berkata, tindakan penulis blog itu tidak bertanggungjawab dan pihaknya menuntut polis menjalankan siasatan terhadap pengendali blog tersebut kerana bertindak di luar batasan.

Suspek merupakan blogger kedua yang ditahan gara-gara isu kontroversi melampau selepas Aduka Taruna.

P/S: Jeffrydamien09 harus memohon Maaf secara terbuka.

Ahad, Februari 07, 2010

Jeffrydamien09.blogspot.com: Blogger Fak-kap Umno Yang Menghina Tok guru Nik Aziz


Budak fak-kap berselindung dibawah nama Jeffrydamien09 bakal menjadi popular sedikit masa lagi. Si bodoh ini mampu berbangga dengan hasil kerjanya meng-impose gambar-gambar yang boleh dikategorikan sebagai menghina dengan keterlaluan. Pautannya boleh dilayari disini.

Si Jeffrydamien09 mungkin berbangga sebagai budak grafik yang mampu mengolah dan menukar muka seseorang menggunakan Adobe Photoshop CS4. Namun Jeffrydamien09 beliau terlupa bahawa insan yang dihina itu lebih mulia daripada dirinya yang begitu hina.

Bertaubatlah wahai Jeffrydamien09 sebelum tak sempat. he..he.. Takkan lu nak glamer macam Aduka dan Nasir Safar lak. Buatlah sesuatu yang berfaedah untuk mengharumkan nama menteri kau si Najib tu. Kalau nak lebih panas tonggeng lah macam Saiful..ha..ha..

Klik sini mengenai laporan polis >>>

Isnin, Januari 25, 2010

Ada Lagi Blog Seperti Aduka Taruna


Dalam dok 'google search better than yahoo', rupanya ada lagi blog yang menghina sultan. Hangpa boleh pi di pautan ini. >>http://guttermalaysia.blogspot.com>>>. Masih belum di lupuskan. Cepat print screen dan buat report polis.

Post Haru Biru

Arkib Blog