IMBASAN BETAPA DAHAGANYA UMNOBN: "Saya menaruh keyakinan terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan kerajaan perpaduan seperti mana yang dicetuskan oleh Presiden parti itu, Dato' Seri Abdul Hadi Awang". - Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri
"Kita tidak akan tetapkan apa-apa syarat dan kita terima apa saja syarat yang ditetapkan oleh Pas. Bagi saya kita perlu bersikap terbuka. Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu melupakan sengketa yang pernah berlaku antara Pas dan Umno pada era 70-an. Sebagai umat Islam kita digalak bermaaf-maafan."
- Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri
Umno mahukan perbincangan dengan Pas mengenai kerajaan perpaduan disegerakan dan meminta pemimpin Pas melupakan persengketaan lama bagi kepentingan perpaduan umat Islam di negara ini. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata beliau berharap perbincangan itu berjaya diadakan kerana jika perkara itu dibiarkan berlarutan akan timbul perpecahan dalam kalangan umat Islam.
(Moral: Umnobn lebih suka melihat perpecahan Pakatan Rakyat sehingga mereka lupa keretakan barisan sendiri... kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan)
SEBENARNYA: Segala isu besar yang HOT makin tenggelam apabila Unity Government (UG) dilontarkan dari mulut haji hadi ditiup menjadi lebih panas oleh golongan-golongan yang suka perpecahan. Isu ini juga telah mengwujudkan dua team Pro-Pakatan dan Pro-Kerajaan Perpaduan yang telah membawa kepada persepsi bahawa wujud satu bentuk ketidaksefahaman di dalam parti lalu melahirkan dua golongan yang berlaga.
"Bawalah dulu benda itu (UG) dalam mesyuarat parti, kemudian dalam Pakatan, kalau PAS dan Pakatan Rakyat bersetuju lainlah masalahnya. Ini dengan Pakatan tidak dibincang dalam parti pun begitu juga, macamana kita nak proses benda ni.. sebab tu saya kata benda ni direka oleh boneka Umno. Apa yang berlaku ini perpecahan. Umno sekarang sedang berpesta. PAS dah masuk perangkap. PAS sesama PAS dah nampak macam nak berpecah dah.. bercelaru. Begitu juga PAS dengan Pakatan Rakyat juga nampak bercelaru. Ini bererti mereka menganggap telah berjaya memecah belahkan PAS.
-Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS
"Setiap pemimpin mempunyai pandangan masing-masing dan idea tersebut tidak berakhir begitu sahaja, sebaliknya ia perlu dibincang pada mesyuarat parti terlebih dahulu sebelum diambil sebarang keputusan,"
- Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS
"Kerajaan Perpaduan itu BUKAN hanya PAS dengan Umno sahaja, tidak timbul soal PAS-Umno. Semua parti-parti politik terlibat sama dengan Parti KeADILan Rakyat (KeADILan), DAP, MCA, MIC, Umno dan parti-parti di Sabah dan Serawak baru jadi 'perpaduan'. PAS dengan Umno tidak timbul langsung dalam soal 'Kerajaan Perpaduan' dan jika hanya dengan PAS-Umno tidak perlu kita (PAS) heboh-hebohkan. Tidak berlaku 'perpaduan' jika hanya dengan Umno-PAS. Saya rasa tidak ada orang PAS yang berfikir begitu (gabung PAS-Umno) sahaja."
- Dato' Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat.
Jumaat, Jun 19, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
Bertuahnya Negeri Kelantan... Punyai sultan berjiwa rakyat... Tidak kira dimana, solat bila masuk waktu... Jejak anda diikuti anak muda Ke...
-
Kosmo | Putera Jefri Bolkiah (gambar) yang merupakan adik pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah meminta seorang hakim di sini, menghal...
-
C&P: Ketika Umno BN menyalak kencang mengheret Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu pencerobohan di Lahad Datu,...
-
Nota: Hub hiburan belum terlaksana. Generasi melayu kini sudah terkulai layu dalam dunia kenikmatan. Waris sebeginikah yang akan mengemudi ...
-
18 bulan yang lalu yakni Ogos 2009... PM Najib telah memberi keyakinan yang tinggi kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock... "secara p...
-
Bik Mama yang kuat senamrobik tapi masih Big. Kalau Bik Mama pakai baju warna jingga dan berseluar putih, mungkin ada harapan dipeluk lagi.....
-
Adehhhh... angkara umnobn lahanat beri IC percuma, dia neh dah layak dapat rumah ppr dan br1m.
-
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pendakwaraya kerana masih mencuba untuk membatal atau menangguhkan keputusan hakim Mahkamah Tinggi mengara...
-
Ini kasut golongan kapitalis.... Sebelah lagi disimpan sebagai senjata akhir.... kah... kah... kah.... Ini kesan tapak kasut golongan kapita...







0 comments:
Catat Ulasan