Che det mencetuskan idea PPSMI. UPSI kata kena research dulu ambik masa. Che Det kata jalan saja. Juak-juaknya pula menghabiskan duit peruntukan untuk berbelanja. Cikgu cikgi dan anak murid ternganga. Emak bapak kurus berbelanja, Akhirnya PPSMI tak berjaya. Alahai menteri kat Malaysia...
"Saya sedih kerana masa depan anak-anak, anak-anak akan jadi mangsa dasar ini. Kata mereka ini untuk memartabatkan bahasa kebangsaan, tapi di sekolah Cina, mereka guna Bahasa Mandarin dan di sekolah Tamil mereka guna Bahasa Tamil. Lagipun kita tak boleh belajar bahasa melalui Sains dan Matematik. Bahasa mempunyai subjeknya sendiri."
-Tun Dr Mahathir Mohamad
Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan akan dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia manakala di SJK Cina dan Tamil akan dikendalikan dalam bahasa ibunda masing-masing. Timbalan Perdana Menteri itu berkata beliau sebelum ini telah mengadakan perbincangan lebih tiga jam bersama Dr. Mahathir bagi menjelaskan mengenai kesukaran yang dihadapi oleh banyak pihak termasuk keupayaan guru untuk menjayakan dasar yang diperkenalkan beliau itu.
"Saya berkesempatan untuk memberi taklimat kepada Tun sebagai menghormati bahawa beliaulah pencetus idea PPSMI. Segalanya telahpun kita jelaskan, saya dan beberapa pegawai telah menunjukkan tentang apakah kemajuan ataupun masalah yang dihadapi oleh pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan misi beliau. Segala mengenai polisi ini telah dijelaskan kepada Tun dan beliau boleh menerima dengan baik. Keputusan kerajaan itu sejajar dengan kajian Unesco yang menunjukkan adalah lebih mudah pelajar menguasai ilmu di peringkat awal persekolahan dengan menggunakan bahasa ibunda."
- Tan Sri Muhyiddin Yassin
Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP)
"Rakyat seluruhnya tentu lega dan gembira, kerana pengajarannya di sekolah kebangsaan Cina dan India juga turut dikembalikan kepada bahasa ibunda masing-masing. Walaupun pelaksanaan sepenuhnya hingga 2012, tetapi bagi saya ia melibatkan operasi, bukan soal dasar PPSMI. Apa yang kerajaan perlu buat, ialah tumpu perhatian dengan meningkatkan kaedah pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, bukan bahasa pertama. Supaya anak-anak semua kaum mahir bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua."
- Datuk Hassan Ahmad, Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI
Gabungan Penulis Nasional (Gapena)
"Kami menyokong bahasa Melayu sebagai kebangsaan dan bahasa Inggeris juga menjadi bahasa antarabangsa, kami harap sangat sifat-sifat dan perangai lama tidak dilanjutkan iaitu mementingkan bahasa Inggeris dan mempermainkankan Bahasa Melayu. Bahasa Melayu harus terus di beri perhatian dan dimantapkan sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai bahasa perhubungan,"
- Tan Sri Ismail Hussein, Ketua 1 Gapena
"Kombinasi semua kajian termasuk kajian Pembina dijadikan sebagai panduan utama iaitu dasar PPSMI itu merugikan orang Melayu terutama di luar bandar. Namun, katanya, bahasa inggeris dan bahasa lain harus dipelajari sebagai satu usaha untuk menambah ilmu pengetahuan di kalangan rakyat Malaysia."
- Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar, Ketua Gapena 2
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
"Keputusan itu merupakan satu tafsiran komitmen kerajaan untuk mempertahan dan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan."
Duit yang dah habis
Kerajaan menyediakan peruntukan hampir RM5 bilion dalam tempoh tujuh tahun untuk majayakan PPSMI sejak 2002-2008. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom dilaporkan berkata, peserta persidangan turut mencadangkan kajian dibuat untuk menambah baik kecekapan guru, kemudahan prasarana dan program sokongan diperluaskan. Mengulas lanjut Razali memberitahu, peruntukan RM5 bilion telah digunakan dalam menjayakan PPSMI setakat ini. Beliau menambah, peruntukan itu digunakan bukan sahaja untuk peralatan pembelajaran dan pengajaran termasuk komputer dan bahan pengajaran malah pelbagai kemudahan berkaitan.
Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk sektor sosial, pendidikan, kesihatan dan perumahan adalah sebanyak RM17.8 bilion.
source: Bernama, Malaysia Kini dan lain-lain
Khamis, Julai 09, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Hasbi Satar merupakan seorang Setiausaha Politik kepada Nor Mohamed Yakcop telah meletakkan jawatan kerana kantoi memiliki wang RM2 juta. Ba...
-
Ramai yang sudah mengetahui perbualan Saiful Bukhari Azlan dengan blogger pencacai umno yang bernama papagomo di facebook. Kenyataan Saiful...
-
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pendakwaraya kerana masih mencuba untuk membatal atau menangguhkan keputusan hakim Mahkamah Tinggi mengara...
-
Nampaknya Umno di Selangor semakin meroyan untuk merampas kembali negeri itu di bawah pimpinan Pakatan Rakyat dengan menyebar akhbar yang be...
-
Salam semua. Terlewat nak update. Wa nak minta jasa baik Ahli PKR. Sempena PRK P094 Hulu Selangor, ada seorang sahabat wa mahu mencetak post...
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
Alahai takkan jimat duit nak beli baju tutup litup. kah..kah..kah. Wahai ahlil umnobn korang ikut jejak langkah si Bung ni. Lebih senang dap...
-
Najwa Muhyiddin artis yang sedang meniti kegemilangan merupakan seorang siswazah jurusan Kejuruteraan Elektronik dari Melbourne, Australia. ...
-
Siapa yang terkena dan siapa yang untung disini. Apco worldwide tidak perlu berfikir buat kali kedua untuk menjayakan promosi 1 Malaysia ke ...







0 comments:
Catat Ulasan