Che det mencetuskan idea PPSMI. UPSI kata kena research dulu ambik masa. Che Det kata jalan saja. Juak-juaknya pula menghabiskan duit peruntukan untuk berbelanja. Cikgu cikgi dan anak murid ternganga. Emak bapak kurus berbelanja, Akhirnya PPSMI tak berjaya. Alahai menteri kat Malaysia...
"Saya sedih kerana masa depan anak-anak, anak-anak akan jadi mangsa dasar ini. Kata mereka ini untuk memartabatkan bahasa kebangsaan, tapi di sekolah Cina, mereka guna Bahasa Mandarin dan di sekolah Tamil mereka guna Bahasa Tamil. Lagipun kita tak boleh belajar bahasa melalui Sains dan Matematik. Bahasa mempunyai subjeknya sendiri."
-Tun Dr Mahathir Mohamad
Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan akan dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia manakala di SJK Cina dan Tamil akan dikendalikan dalam bahasa ibunda masing-masing. Timbalan Perdana Menteri itu berkata beliau sebelum ini telah mengadakan perbincangan lebih tiga jam bersama Dr. Mahathir bagi menjelaskan mengenai kesukaran yang dihadapi oleh banyak pihak termasuk keupayaan guru untuk menjayakan dasar yang diperkenalkan beliau itu.
"Saya berkesempatan untuk memberi taklimat kepada Tun sebagai menghormati bahawa beliaulah pencetus idea PPSMI. Segalanya telahpun kita jelaskan, saya dan beberapa pegawai telah menunjukkan tentang apakah kemajuan ataupun masalah yang dihadapi oleh pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan misi beliau. Segala mengenai polisi ini telah dijelaskan kepada Tun dan beliau boleh menerima dengan baik. Keputusan kerajaan itu sejajar dengan kajian Unesco yang menunjukkan adalah lebih mudah pelajar menguasai ilmu di peringkat awal persekolahan dengan menggunakan bahasa ibunda."
- Tan Sri Muhyiddin Yassin
Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP)
"Rakyat seluruhnya tentu lega dan gembira, kerana pengajarannya di sekolah kebangsaan Cina dan India juga turut dikembalikan kepada bahasa ibunda masing-masing. Walaupun pelaksanaan sepenuhnya hingga 2012, tetapi bagi saya ia melibatkan operasi, bukan soal dasar PPSMI. Apa yang kerajaan perlu buat, ialah tumpu perhatian dengan meningkatkan kaedah pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, bukan bahasa pertama. Supaya anak-anak semua kaum mahir bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua."
- Datuk Hassan Ahmad, Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI
Gabungan Penulis Nasional (Gapena)
"Kami menyokong bahasa Melayu sebagai kebangsaan dan bahasa Inggeris juga menjadi bahasa antarabangsa, kami harap sangat sifat-sifat dan perangai lama tidak dilanjutkan iaitu mementingkan bahasa Inggeris dan mempermainkankan Bahasa Melayu. Bahasa Melayu harus terus di beri perhatian dan dimantapkan sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai bahasa perhubungan,"
- Tan Sri Ismail Hussein, Ketua 1 Gapena
"Kombinasi semua kajian termasuk kajian Pembina dijadikan sebagai panduan utama iaitu dasar PPSMI itu merugikan orang Melayu terutama di luar bandar. Namun, katanya, bahasa inggeris dan bahasa lain harus dipelajari sebagai satu usaha untuk menambah ilmu pengetahuan di kalangan rakyat Malaysia."
- Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar, Ketua Gapena 2
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
"Keputusan itu merupakan satu tafsiran komitmen kerajaan untuk mempertahan dan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan."
Duit yang dah habis
Kerajaan menyediakan peruntukan hampir RM5 bilion dalam tempoh tujuh tahun untuk majayakan PPSMI sejak 2002-2008. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom dilaporkan berkata, peserta persidangan turut mencadangkan kajian dibuat untuk menambah baik kecekapan guru, kemudahan prasarana dan program sokongan diperluaskan. Mengulas lanjut Razali memberitahu, peruntukan RM5 bilion telah digunakan dalam menjayakan PPSMI setakat ini. Beliau menambah, peruntukan itu digunakan bukan sahaja untuk peralatan pembelajaran dan pengajaran termasuk komputer dan bahan pengajaran malah pelbagai kemudahan berkaitan.
Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk sektor sosial, pendidikan, kesihatan dan perumahan adalah sebanyak RM17.8 bilion.
source: Bernama, Malaysia Kini dan lain-lain
Memaparkan catatan dengan label PPSMI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PPSMI. Papar semua catatan
Khamis, Julai 09, 2009
Sabtu, Jun 13, 2009
> TENTANG DAN PAKAI.... ALAHAI
Kami tidak mahu BAHASA MELAYU DIANAKTIRIKAN..., kami turun beramai-ramai menolak PPSMI, malah sampai kumpulan penulis pun turun padang menolak penggunaan bahasa penjajah ni..... Tapi bahasa melayu tak best, tak sedap dan tak dak nilai komersial... lebih baik guna bahasa penjajah... cuba baca... sedap tak dengar alunannya digegendang telinga.... Spiritual, Physical, Intellectual, Emotional dan Social (SPIES).. Aa-ah... best giler sebutannya semua berakhir dengan 'al'.
“Sejajar dengan itu, Kerajaan Selangor melalui Jawatankuasa ini akan menganjurkan pertandingan mencipta lagu tema SPIES yang diadakan bertujuan untuk memilih lagu yang boleh merumuskan dan menghidupkan SPIES sebagai dasar pembangunan insan negeri Selangor. Menyebarluaskan kempen program ini dan elemen-elemen SPIES dapat dihayati serta menjadikan ia dekat dihati rakyat negeri ini".
- Dr. Halimah Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan
(Moral: Buat warga kampung, hangpa tak mahu masuk ka pertandingan ni. Kalau menang dapat duit. Pehh... nak masuk camana kalau disuruh tulis lirik bahasa inggeris... kami mana tahu. Ha..ha..ha.. tu la korang, dulu kelas bahasa inggeris cikgu noraini korang pakat ponteng... la ni hanya tahu yes, no, orraitt....kah..koh..keh)

Khamis, Jun 11, 2009
> MENGENALI JAWI

Pensyarah Fakulti Teknologi dan Sains Informasi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Noor Azli Mohamed Masrop (tengah) menunjukkan sijil penghargaan yang diterimanya apabila berjaya menghasilkan permainan komputer berasaskan tulisan Jawi yang dinamakan 'My Jawi Games' kepada Rektor KUIS Datuk Mohd Adanan Isman (kanan) dan Dekan fakulti itu, Che Wan Shamsul Bahri Che Wan Ahmad ketika ditemui BERNAMA di Bandar Seri Putra di sini, baru-baru ini.
-BERNAMA, -Foto: Mudanoran Mohamad
Cerita 50 tahun lalu: Dulu pemimpin kami dan rakyat memang pandai membaca dan menulis dalam tulisan jawi. Bahan-bahan cetak dan surat-surat semuanya dalam bahasa jawi. Up to date: Setelah 63 tahun berlalu kami lebih mahir dalam bahasa Inggeris walaupun grammer kami tunggang langgang. Ini semua salah bapa kami kerana menghantar ke sekolah British Malayu. Hari ini kami dah lupa bagaimana nak membaca dan menulis jawi, nak start belajaq balik malulah kami.

Cerita dari sekarang: Kami mahukan pelajar-pelajar Melayu mahir bahasa Inggeris. Setiap pelajar mesti WAJIB lulus dalam bahasa Inggeris. Kami tahu cikgu-cikgu yang ada kebanyakkan lemah berbahasa Inggeris dengan baik. Akan datang: Hey stupid... don't put this thing here...!!!... Bangsat punya anak... dengan bapak pun hang speaking. Well This is F###ING S##T son.... wakakahhh... aku pun tak tahu bahasa inggeris.
(Moral: Baguih permainan 'Flash' berasaskan tulisan jawi nih supaya generasi baru dapat mengenali huruf-huruf, nahu dan idram. Bila dah pandai baharulah boleh menulis dengan tepat dan betul... jangan jadi macam jawi umnobn dah lar...)
> UMNO DARI SELATAN MENENTANG
Mengenai Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, Abdul Ghani berkata Badan Perhubungan Umno Johor berpendirian bahawa pengajaran mata pelajaran tersebut lebih berkesan jika menggunakan bahasa ibunda. Begitu juga kata pakar-pakar dunia bahawa bahasa ibunda merupakan komunikasi lebih berkesan jika anak murid bermajoritikan Melayu.
"Dengan sukatan mata pelajaran yang tersusun kepada murid-murid selama 11 tahun sebelum menduduki peperiksaan SPM, saya yakin murid-murid dari kampung boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Sebaliknya, jika pembelajaran yang ada sekarang tidak disusun semula, saya tidak menolak kemungkinan pelajar dari kampung tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris. Jadi, tidak hairanlah jika murid-murid kita termasuk di luar bandar tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik," katanya.
- Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Johor
(Moral: Supaya anak melayu tak ketinggalan untuk menguasai ilmu kaji-mengkaji dan ilmu kira-kira, perlulah menggunakan gayabahasa melayu sepenuhnya.... Kalau ajaq guna bahasa pasar mungkin lebih banyak murid-murid paham)

Rabu, Jun 10, 2009
> KERAJAAN BRITISH: PEDULI APA AGAMA ISLAM
Selesaikan dulu isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sebelum mengumumkan dasar baru mewajibkan pelajar lulus Bahasa Inggeris. Kalau kerajaan boleh memaksa pelajar mengambil dan lulus subjek Bahasa Inggeris dalam SPM mengapa tidak berbuat demikian terhadap mata pelajaran agama Islam?. Mata pelajaran agama hanya wajib diambil oleh pelajar yang menduduki peperiksaan SPM tetapi tidak wajib lulus, sedangkan Bahasa Inggeris wajib lulus, ini menunjukkan ada elemen pilih kasih. Agama Islam perlu diterapkan dari rumah, sekolah dan seterusnya sehingga menghembuskan nafas yang terakhir. Bagi mereka yang hidup cara amerika atau british atau lebih senang cakap "Hidup Macam Hippies" mungkin akan termiiss mengenai ketertiban dalam kehidupan harian. La ni bukan muhrim dah boleh pimpin tangan dan berpeluk cium. Aurat dijaja dan dipertontonkan pada umum bukannya untuk suami yang sah. Kalau boleh lurah kasi nampak para media baru mata penonton terbeliak. Pendidikan Agama Islam dapat membentuk satu generasi / masyarakat / keturunan yang punyai peradaban yang mulia dan hormat menghormati.
(Moral: Ramai pemimpin warisan british suka cakap bahasa inggeris bercampur ngan bahasa melayu. Dah tu siap salah pulak grammer dan nahu bahasa inggeris itu sendiri.... F###ING S##T. Tu kalau suruh berbicara 400% bahasa melayu garenti susunan baris tunggang langgang... Cakap Tak Serupa Bikin Tak Serupa Cakap...)

Selasa, Jun 09, 2009
> PEMIKIRAN INTELEK LAWAN OTAK KECHIL
Lebih 50 wakil daripada 21 kesatuan dan persatuan guru seluruh negara mahu jumlah mata pelajaran bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditambah kepada 12 berbanding 10 seperti ditetapkan Kementerian Pelajaran sebelum ini. Persetujuan itu dicapai setelah mengadakan perbincangan secara terperinci serta mengambil kira kesannya daripada pelbagai aspek.
(Moral: Jika semua cikgu-cikgi berkata sebegitu bermakna mereka mahukan anak murid menjadi lebih bijak sebenarnya. Bukan seperti pemikiran si Muhyiddin yang mahu menguncupkan minda cergas murid-murid era teknologi)

Rabu, Mei 27, 2009
Pakat Pi Sana Muhyiddin Ikut (PPSMI) Bhg 2
"Sebenarnya saya sudah jemu untuk memberi komen mengenai isu ini. Kami di kalangan pejuang bahasa sudah kering tekak dan sudah memberi semua hujah. Sudah bertimbun kertas kerja, memorandum dan buku yang kita kemukakan. Adakah itu tidak cukup untuk kerajaan membuat keputusan? Prof. Dr Awang Sariyan mempersoalkan sehingga bila kerajaan akan yakin hasil pemikiran dan kajian ahli ilmu sehingga memerlukan tempoh yang begitu lama untuk membuat keputusan mengenai dasar tersebut.
bahagian lepas>>>
(Moral: Lebih suka guna bahasa pasar campur loghat)
bahagian lepas>>>
(Moral: Lebih suka guna bahasa pasar campur loghat)
Khamis, Mei 21, 2009
Pakat Pi Sana Muhyiddin Ikut (PPSMI)
Isu bahasa masih hangat diperkatakan dimana-mana. Kata che det ilmu matematik dan sains mesti diajar dalam bahasa inggeris sebab perkataan melayu tak cukup banyak untuk diterjemahkan. Dah tu penterjemah bahasa selalu ambil 'Short Cut' memelayukan bahasa inggeris (English=Inggeris, Science=Sains, Math=Matematik, Geography=Geografi). Mana perginya Ilmu Kira-kira (Hisab), Ilmu Alam dan Bahasa Omputeh. Adakah penterjemah ni kurang fasih dalam bidang masing-masing atau 'ubuntu' untuk mencari idea-idea baharu.
Bahasa melayu memang indah dalam sastera (Bicara, Teruna, Lembayung, Senjakala). Kalau kena ritmanya boleh lentok dan bercurahan air mata. (boleh meneliti lagu-lagu yang dimuatkan dalam cd versi Tangkap Lentok dan Tangkap Nangis). Penghayatan bahasa melayu mampu menikam jiwa. (Bahasa Terindah, Janda Setinggan, Hidup Bersama - A.Samad Said).
Bagi mereka yang suka bahasa melayu pasar yang dicampur dengan loghat, memang mudah untuk berbicara sesama sendiri walaupun bunyinya agak kasar. (woi.. apa habag hang, dok buat apa la ni, kawe dok lagu ni dok cokeng)
Lain pula dengan bahasa istana "Patik Menyembah Derhaka". yang disalah tafsir oleh golongan buta bahasa ibundanya sendiri. Hampeh!! patut pun buat 'derk' je bila rakyat membantah PPSMI.

Langgan:
Catatan (Atom)
Post Haru Biru
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
Ramai yang sudah mengetahui perbualan Saiful Bukhari Azlan dengan blogger pencacai umno yang bernama papagomo di facebook. Kenyataan Saiful...
-
Hasbi Satar merupakan seorang Setiausaha Politik kepada Nor Mohamed Yakcop telah meletakkan jawatan kerana kantoi memiliki wang RM2 juta. Ba...
-
Budak fak-kap berselindung dibawah nama Jeffrydamien09 bakal menjadi popular sedikit masa lagi. Si bodoh ini mampu berbangga dengan hasil ke...
-
Submit URL to Google, Yahoo and Live. Remember to submit your new website or blog URL to search engine like Google, Yahoo and Live. It is a ...
-
Awie 'Ayahanda 36' dan beberapa artis terkemuka tanahair bakal masuk umno. Mereka akan menyerahkan borang keahlian di Pejabat Pemud...
-
Dipetik dari MediaMalaya | Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak ...
-
Mana pi fail penting aku nih. Semalam ada.. la ni dah hilang pulak. Belek punya belek tak dak jugak. Mampus.. esok kena hantaq kat client.. ...
-
sumber sahih : http://en.wikipedia.org/wiki/One_Israel Wa rasa benda yang baik elok disebar-sebarkan. Jadi wa copy dan paste artikel dari bl...