Isnin, Ogos 17, 2009

Rohaizat Blacklist Lesen Guaman


Calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman dikatakan telah hilang kelayakan kerana beliau telah dikeluarkan dari senarai peguam yang boleh mengamalkan firma guamannya. Dari penjelasan yang diberikan oleh penasihat undang-undang bahawa pihak Koperasi Pekebun-pekebun Kecil Getah Pulau Pinang, yang diperjelaskan oleh Bendaharinya, Tuan Haji Omar (Hamid), pembayaran terhadap wang yang dipegang oleh syarikat guaman Saudara Rohaizat telah pun diselesaikan lama dahulu. Oleh yang demikian, mereka juga telah lama menarik balik laporan yang dibuat terhadap penggunaan wang pelanggan oleh firma guaman Saudara Rohaizat, di mana yang melakukan perbuatan itu bukanlah saudara Rohaizat tetapi bekas rakan kongsinya dan perkara ini telah pun diselesaikan serta beliau layak bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

"Perkara yang harus diperjelaskan ialah firma guaman ini dan Saudara Rohaizat hanya tidak boleh menjadi pengamal undang-undang kerana keputusan telah dibuat oleh Majlis Peguam. Daripada segi perundangan, mungkin Rohaizat tidak salah tetapi daripada segi moral, mungkin inilah yang dipertikaikan oleh pihak yang akan berlawan dengan Rohaizat. Ini soal persepsi orang ramai. Kita akan jelaskan kepada pengundi apa sebenarnya yang berlaku.”
-Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

(Moral: Kah..Koh..Keh dah blacklist pun boleh diangkat menjadi calon... Manadia calon yang bersih.. takkan dah tersalah pilih baru buat penafian... Tu belum dikorek habis lagi...)

0 comments:

Post Haru Biru

Arkib Blog